Pada tahun 1923, Bill Beatty akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk membina sebuah rumah agam di dalam kawasan hutan seluas 150 ekar di Basking Ridge, New Jersey.
Rumah itu diilhamkan berdasarkan reka bentuk istana Norman yang dibina pada abad ke 17.
Tahun 1930, Bill membawa isteri dan empat anaknya menetap di situ walaupun pembinaan rumah itu masih belum siap sepenuhnya.
Sayangnya, hanya setahun duduk di situ, Bill meninggal dunia di usia 4 tahun kerana serangan flu. Impian untuk melihat rumah idaman siap sepenuhnya tidak kesampaian.
Isterinya, Sarah Beatty terus menetap di situ bersama anak-anaknya sebelum berpindah pada tahun 1941. Rumah itu kemudian dijadikan sekolah untuk beberapa dekad sebelum terbiar kosong sehinggalah pada tahun 1972, Dong Burlingame dan isterinya Carol membeli rumah tersebut.
Pada peringkat awal mereka berpindah ke rumah itu, hati Carol sudah terdetik ada sesuatu yang turut menghuni di situ. Kemudian, satu demi satu bunyi aneh mula didengari pasangan tersebut.
Bunyi bising bagai orang sedang mengetuk sesuatu berulang-kali sering kedengaran terutama di bahagian laluan utama di dalam rumah itu.
Di saat awal, Carol pernah membawa seorang kawannya yang mempunyai kelebihan psikik ke rumah itu. Dan temannya mengesahkan memang ada entiti lain yang tinggal di situ.
Carol bertanya, perlukah entiti itu diusir keluar?
"Jangan. Biarkan saja. Ini memang tempatnya. Dia seorang yang 'mesra'. Tak perlu takut," kata temannya menjawab.
Lalu, pasangan suami isteri itu belajar untuk hidup bersama 'penghuni' rumah baru mereka. Ada kalanya 'penghuni' itu suka bergurau. Acap kali juga apabila pasangan Burlingame menonton televisyen, saluran rancangan akan bertukar sendiri berulang-kali.
Carol turut melakukan pencarian tentang pemilik asal rumah itu. Dari situlah dia mengenali nama Bill Beatty. Malah, Carol berjaya bertemu dengan Eugene Melville, salah seorang pekerja yang pernah terlibat dalam pembinaan rumah tersebut.
Lelaki itu tidak terperanjat apabila mendengar kisah 'hantu' yang menghuni mahligai tersebut.
Menurut Eugene, dia bertugas untuk menyiapkan pembinaan di bahagian rumah yang tertangguh selepas kematian Bill.
"Pada suatu hari, saya membantu Sarah, isteri Bill mencari gelangnya yang hilang. Ketika itu kami berdua melihat bayang seorang lelaki berdiri di aras balkoni rumah dan memandang ke arah kami.
"Sarah yang terkejut melihat bayang lelaki itu menjerit dan menangis sambil mengatakan itulah Bill, suaminya yang sudah mati tiga tahun lalu. Tidak lama. Hanya sekelip mata kemunculan bayang itu sebelum hilang begitu saja di depan mata kami," cerita Eugene.
Hasil pencariannya, Carol yakin 'penghuni' di rumah itu adalah hantu jelmaan Bill Beatty, yakni pemilik asal yang bertanggungjawab membina mahligai tersebut. Malah, Carol semakin biasa dengan kehadiran Bill di rumah itu.
Seringkali Carol memerhatikan ada kalanya 'hantu' itu akan mengalihkan sesuatu barang. Contohnya, sewaktu di dapur, roti yang diletakkan Carol akan beralih kedudukannya.
Bagi Carol, itu bagai satu petanda bahawa 'dia' berada di situ. Malah, ada kalanya hantu tersebut lebih bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah itu berbanding Carol.
Pada suatu hari, pasangan suami isteri itu hendak keluar. Suaminya, Dong menyuruh Carol menutup tingkap kerana khuatir jika hari hujan sepeninggalan mereka.
Namun, Carol enggan menutupnya kerana yakin cuaca cerah, tidak mungkin hujan akan turun. Rupa-rupanya, setelah mereka bertolak, hujan benar-benar turun. Carol risau kerana tempias hujan melalui tingkap pasti akan membasahkan ruang di dalam rumah.
Tetapi, apabila pulang semula ke rumah, mereka berdua terkejut melihat semua tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka sudah tertutup rapat. Bagaikan ada orang yang telah menolong menutupnya. Tiada setitis pun air hujan masuk ke dalam rumah.
Kewujudan hantu di rumah Carol menarik perhatian pengkaji paranormal. Namun, setelah kajian dijalankan di rumah tersebut, krew paranormal mengakui terdapat kehadiran 'entiti' di situ.
Malah, Carol masih ingat kata-kata Eugene bahawa Bill tidak pernah meninggalkan istana idamannya kerana mahligai tersebut dibina dengan perasaan penuh kasih sayang.
Mungkin hanya apabila berada di rumah itulah roh Bill menjadi lebih tenang.
[Sumber]
Gambar hiasan.

Bill Beatty Mansion.

Entiti misteri yang menghuni Mahligai Bill Beatty.

Bill Beatty.
Tetapi, apabila pulang semula ke rumah, mereka berdua terkejut melihat semua tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka sudah tertutup rapat. Bagaikan ada orang yang telah menolong menutupnya. Tiada setitis pun air hujan masuk ke dalam rumah.
Kewujudan hantu di rumah Carol menarik perhatian pengkaji paranormal. Namun, setelah kajian dijalankan di rumah tersebut, krew paranormal mengakui terdapat kehadiran 'entiti' di situ.
Malah, Carol masih ingat kata-kata Eugene bahawa Bill tidak pernah meninggalkan istana idamannya kerana mahligai tersebut dibina dengan perasaan penuh kasih sayang.
Mungkin hanya apabila berada di rumah itulah roh Bill menjadi lebih tenang.
[Sumber]
1 comments so far
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny
EmoticonEmoticon