4 Jan 2014

Misteri 10 Penampakan UFO Yang Menggemparkan Dunia

Berbicara mengenai UFO, pasti akan menimbulkan banyak kontroversi. Ada yang percaya bahawa UFO atau makhluk asing sebenarnya tidak wujud dan hanya rekaan fiksyen semata-mata.

UFO_ALIEN
Gambar hiasan.

Namun ada juga yang berpendapat bahawa makhluk asing yang dikenali sebagai UFO memang benar-benar wujud, terbukti dengan kehadiran saksi yang melihat penampakan UFO di muka bumi.

Artikel ini akan membicarakan mengenai Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri dunia.

Penampakan UFO 1942 Hopeh Province, China

Penampakan UFO 1942 Hopeh Province, China

Gambar penampakan UFO diatas diambil pada 1942 yang kemudiannya ditemui di dalam sebuah album. Pemilik album ini mendakwa membeli gambar ini dari seorang jurugambar jalanan di China. Beberapa orang juga mendakwa, UFO tersebut kelihatan seperti topi atau burung dan mengatakan gambar tersebut merupakan piring terbang.

Penampakan UFO Lelaki Berbaju Hitam

Penampakan UFO Lelaki Berbaju Hitam

Pada 1947, seorang nelayan mendakwa telah melihat UFO berbentuk donat terbang di udara di atas Pulau Maury, Puget Sound, Washington, Amerika Syarikat. Salah satu objek ini telah menjatuhkan puing ke dek kapal yang telah mencederakan pemilik kapal dan anjingnya.

Penampakan UFO Foo Fighter

Penampakan UFO Foo Fighter

Sepanjang Perang Dunia II, juruterbang perang Amerika, Inggeris, Jerman dan Perancis telah melaporkan melihat bulatan raksasa bercahaya di langit yang tak mampu dijelaskan. Bulatan ini kemudiannya diberi nama ‘Foo Fighter’.

Asal-usul nama ini sendiri tidak pernah diketahui namun, beberapa orang memiliki teori, nama ini muncul dari perkataan Jerman untuk ‘feuer’ yang bermaksud api.

Penampakan UFO Pertama

Penampakan UFO pertama

Hanya beberapa hari selepas insiden lelaki berbaju hitam, Kenneth Arnold melaporkan telah melihat UFO terbang di udara berhampiran Mt. Ranier, Washington. Media kemudian menggunakan istilah ‘piring terbang’ untuk menggambarkan objek itu. Arnold kemudiannya menjadi selebriti di dunia paranormal.

Hilangnya Felix Moncla

Hilangnya Felix Moncla

Ketika mengejar UFO di Superior Lake pada 1953, juruterbang angkatan tentera udara AS, Felix Moncla telah dilaporkan hilang begitu sahaja. Operator darat mengaku melihat Moncla dan UFO 'bersatu' di radar sebelum kedua-duanya hilang.

Pada 1968, bahagian pesawat telah ditemui di sebuah danau namun bahagian itu tidak pernah dipastikan sama ada sebahagian dari pesawat Moncla ataupun bukan.

Penampakan UFO Insiden Kecksburg

Penampakan UFO Insiden Kecksburg

Pada malam 9 Disember 1965, warga Kecksburg, Pennsylvania mendakwa ada benda besar berbentuk seperti sebiji pohon ek dengan tulisan hieroglyphic telah jatuh di hutan. Pihak tentera dengan cepat mengepung kawasan tersebut.

Pada 2005, NASA menjelaskan objek yang jatuh itu mungkin merupakan puing satelit Rusia namun saksi mendakwa penjelasan NASA tidak konsisten dengan apa yang mereka saksikan.

Penampakan UFO Jimmy Carter

Penampakan UFO Jimmy Carter

Presiden Jimmy Carter mengaku melihat objek putih terang yang kemudian berubah warna dari biru, merah dan kemudian berubah semula menjadi warna putih sebelum terjatuh ke Leary, Georgia pada 1969.

Walaupun kemudiannya menafikan telah melihat sebuah objek makhluk asing, dia mengatakan, “Satu perkara yang pasti, saya tidak pernah meremehkan orang yang mengaku telah melihat UFO di langit”. Jika saya menjadi presiden, kata Carter pada 1976, “Saya akan menerbitkan semua maklumat di negara ini mengenai penampakan UFO pada warga dan ilmuwan”.

Penampakan UFO Lelaki Bengis

Penampakan UFO Lelaki Bengis

Walaupun lelaki bengis ini pertamakali ditemui setelah penampakan UFO pada 1966 di Elizabeth, New Jersey, ia muncul semula di seluruh bahagian AS setelah ada penampakan UFO dan mengatakan pada saksi namanya ‘Indrid Cold’.

Saksi menggambarkan lelaki ini bertubuh tinggi dan mirip manusia namun tidak memiliki hidung atau telinga, hanya mata dan senyuman lebar.

Penampakan UFO Bandar O’hare

Penampakan UFO Bandar O’hare

Pada Selasa 7 November 2006, FAA menerima laporan 12 penumpang penerbangan di O’Hare, Chicago melihat pesawat piring terbang berlegar-legar di kawasan lapangan terbang.

Menurut saksi, objek ini melayang selama dua minit. Namun, ketika cuba diselidiki, objek ini meluru menuju ke arah awan dan kemudiannya menghilang. FAA menyimpulkan, ini merupakan gangguan cuaca pada mata manusia namun saksi tetap berkeras menyatakan itu adalah objek UFO.

Penampakan UFO Turki 2008



Pengawal yang bertugas pada waktu malam di Turki bernama Yalcin Yalman telah menyaksikan sejumlah besar UFO pada 2008 dan berjaya merakam kejadian itu.

Video itu sendiri dianggap sebagai ‘gambar UFO paling penting yang pernah ada’ walaupun kebenarannya masih perlu dibuktikan.

Jangan lupa kongsi artikel misteri ini dengan kawan-kawan. Selamat membaca..:)

[Sumber]

1 comments so far

Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk, demi makan sehari hari saya terpaksa kerja sebagai kulih bangunan, ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA


EmoticonEmoticon

LIMK