Siapa yang tidak kenal dengan potret/lukisan Monalisa. Lukisan yang sangat terkenal. Nak dijadikan cerita, potret Monalisa ini merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini.
Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu. Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.
Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.
Pelukis itu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian.
Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.
Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.
Misteri Potret Monalisa
Teori Mengenai Monalisa
Dr. Lillian Schwartz of Bell Labs suggests that Leonardo painted himself, and was able to support her theory by analyzing the facial features of Leonardo's face and that of the famous painting, She digitized both the self-portrait of the artist and the Mona Lisa. She flipped the self portrait and merged the two images together using a computer. She noticed the features of the face aligned perfectly! [Source]
Fakta Potret Monalisa
[Sumber]

- Identiti Monalisa itu sendiri.
- Riak wajah Monalisa.
- Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
- Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
- Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.
Teori Mengenai Monalisa
- Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
- Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
- Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
- Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!
Dr. Lillian Schwartz of Bell Labs suggests that Leonardo painted himself, and was able to support her theory by analyzing the facial features of Leonardo's face and that of the famous painting, She digitized both the self-portrait of the artist and the Mona Lisa. She flipped the self portrait and merged the two images together using a computer. She noticed the features of the face aligned perfectly! [Source]
Fakta Potret Monalisa
- Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.
- Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
- Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
- Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 TAHUN SELEPAS KEMATIAN LEONARDO. Selain Monalisa, potret ni dikenali sebagai La Gioconda.
- Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
- Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Ini disokong oleh nilai norma/etika masa tu, iaitu Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
- Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.
[Sumber]
2 comments
Leonardo akan sentiasa menarik pencari!
Apabila saya berada di Paris pada tahun 2005., Saya tidak dapat melawat Louvre. Tetapi Louvre datang dengan peralatan rakaman bunyi, yang sila disediakan oleh Perancis. Found "Mona Lisa" dan mula rakaman bunyi latar belakang yang dicipta banyak pengunjung yang datang untuk melihat karya. Logiknya adalah mudah. Benarkan diri saya untuk diambil perhatian bahawa mana-mana karya mempunyai harta bidang maklumat yang sangat berstruktur. Man - ini juga, pada dasarnya, bidang struktur. Terdapat kenalan dua struktur bidang - karya manusia. Ini mungkin kuasa seni. Mereka Bunyi orang-orang yang berada dalam karya (bercakap, shuffling kaki, dsb) adalah sangat berharga kepada saya, mereka telah berkait rapat dikaitkan dengan beliau. Menundukkan rekod-rekod ini proses transformasi rumit, saya berjaya mendapatkan beberapa bunyi yang luar biasa. Ramai yang membawa kepada kejutan - ini bunyi terdapat pengenalan yang jelas dengan potret "Mona Lisa." Rekod Similar saya telah dibuat dalam ukiran yang terkenal Zuhrah. Hasilnya, berdasarkan rekod-rekod ini, saya mempunyai tiga kerja - "Ilmu", "Aliran" dan "Komunikasi".
http://youtu.be/rUDsL8Rg4uo
MONA LISA_VENUS (karya Pengalaman). Avi
Struktur seperti yang dikemukakan: bersenandung Mona Lisa - hasil daripada proses transformasi hum latar belakang Zuhrah - hasil daripada latar belakang proses transformasi, terperinci kerja "Ilmu" (digunakan hanya berubah bunyi).
http://studiomusicnew.blogspot.com
Maklumat penuh mengenai kelas tuan saya.
GOOGLE translation
ternyat banyak sekali argument mengenai lukisan ini
EmoticonEmoticon