Friday 21 February 2014

Misteri Petir Di Tasik Maracaibo

Sebuah fenomena alam yang masih jadi misteri salah satunya yang berlaku di Venezuela. Selama beratus-ratus tahun ada petir menyambar di titik yang sama di atas tasik Maracaibo.


Istimewanya, kilat itu pasti terjadi selama 160 hari dalam setahun dan berterusan selama 10 jam dalam semalaman.

Penduduk tempatan menyebut fenomena itu sebagai "rib a-ba" atau bermakna " sungai api di langit "

Petir itu pula warnanya berwarna-warni, merah atau ungu, bergantung kelembapan cuaca.

Jumlah 1.2 juta kali kilat dalam setahun menjadikannya rekod terbanyak di dunia. Petir dengan kekuatan 40 ribu volts itu mampu dilihat sejauh 250 batu sehingga kerap dijadikan penanda arah para nelayan.

Kini kawasan itu, 15 jam memandu dari Bogota, Colombia, sudah menjadi daya tarikan pelancong.

"Penduduk tempatan sendiri tidak menyedari petir yang menyambar setiap hari adalah perkara yang unik. Itu tidak berlaku di semua tempat di dunia," kata Alan Highton, pemandu pelancongan tempatan.

"Mereka baru sedar keunikannya setelah ramai yang datang untuk menonton."

Belum ada penjelasan secara saintifik mengenai "rib a-ba" walaupun banyak teori mengenainya.

Beberapa penyelidik percaya bahawa petir tunggal tanpa henti berasal dari lapisan ozon Troposfera. Namun kejadian ini juga kadang-kala berhenti tanpa amaran selama berbulan-bulan .

Kali terakhir petir berhenti menyambar iaialh pada Januari 2010 yang menjadi catatan paling lama sepanjang sejarah 104 tahun.

Ini membuatkan penduduk menjadi bimbang namun petir kembali 6 minggu kemudian dan berlaku seperti biasa.

Perkara yang sama hanya pernah terjadi pada 1906 setelah gempa besar menyebabkan tsunami yang melanda Colombia dan Ecuador.

[Sumber]

1 comments so far

Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny


EmoticonEmoticon