22 Jun 2017

‘Penampakan’ Susuk Misteri Dalam Foto Jokowi!

Sekeping gambar yang memaparkan pertemuan antara pemimpin Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dengan pihak Madame Tussauds Hong Kong pernah heboh diperkatakan di media sosial pada awal tahun ini.

Jokowi

Gambar yang dimuat naik Facebook Madame Tussauds itu menjadi tular selepas netizen menyedari terdapat keanehan dalam foto tersebut.

Menerusi foto itu, Jokowi yang mengenakan kemeja berwarna putih dilihat sedang berbincang bersama pihak Madame Tussaud.

Manakala, di sisi kanan Jokowi terdapat tiga lelaki dan salah seorang daripadanya ialah pembantu khasnya, Johan Budi.

Sementara, di sisi kirinya adalah wakil dari Madame Tussauds.

Namun, apa yang pelik bercampur misterinya, terdapat ‘penampakan’ seorang lagi lelaki dalam pantulan meja di hadapan Jokowi.

Jokowi

Sedangkan tiada orang yang terakam di belakang Jokowi pada ketika itu.

Dalam foto itu, lelaki misteri berkenaan dilihat mengenakan baju kemeja berwarna seakan-akan batik.

Gambar itu lantas menimbulkan tanda tanya netizen dan tidak kurang juga berpendapat ianya telah disunting.

Bagaimanapun, hanya pihak Madame Tussauds dan Jokowi sendiri yang mengetahui adakah gambar itu telah disunting ataupun penampakan itu benar-benar misteri.


EmoticonEmoticon

LIMK