Pada 1939, penemuan menakjubkan dilakukan ahli arkeologi Sweden, Bergman Folke apabila dia menemui beberapa kubur besar di wilayah Xinjiang yang dikenali sebagai Kubur Xiaohe.
Bagaimanapun, 60 tahun berikutnya, kubur itu dilupakan sehingga pada 2000 apabila penyelidik iaitu ketua Institut Arkeologi dan Peninggalan Kebudayaan Xinjiang menemuinya semula.
Kerja menggali hanya selesai pada 2005.
Saiz kawasan seluas itu tidak pernah ditemui sebelum ini.
Setakat ini, terdapat 330 kubur ditemui di pelbagai lapisan berbeza.
Kubur itu termasuk kubur orang dewasa dan kanak-kanak, selain penemuan 15 mumia yang masih dalam keadaan baik.
Kira-kira separuh daripada mayat di kubur itu sudah dicuri.
Ia kali pertama di muka bumi ini terdapat begitu banyak mumia ditemui.
Kerandanya diperbuat daripada kayu dan berbentuk bot, ditanam secara lintang-pukang sama seperti konsep bot Mesir yang ingin membawa Firaun ke tanah Dewa.
Pakaian dan barang kemas juga ditanam bersama si mati dalam bakul kecil.
Mayat dibungkus dengan pakaian benang bulu dan kulit lembu digunakan untuk membalut keranda dengan sempurna hingga tiada sebutir pasir pun didapati di dalamnya.
Tali yang digunakan untuk membuat bakul kelihatan masih segar walaupun sudah berusia ribuan tahun.
Selain keranda kayu, empat lapisan tanah yang menutupi keranda kayu turut ditemui.
Keranda itu berbentuk segi empat tepat ditutupi lapisan tanah yang tebal, dikelilingi enam hingga lapan pasak kayu.
Enam keranda yang ditemui pula mengandungi mayat kayu, bukannya mayat sebenar.
Mayat kayu yang semuanya mempunyai bentuk yang sama itu dimiliki wakil kaum lelaki dan mempunyai tanda X merah di atasnya.
Selain mumia, peninggalan lain yang ditemui, termasuk topeng kayu dan ukiran lain.
Satu daripada mumia itu menjadi terkenal kerana mempunyai raut fizikal sama seperti orang Eropah berbanding orang China.
Ia dinamakan ‘Si Jelita Xiaohe.’ Tanah perkuburan itu dipercayai wujud sejak tahun 2,000 Sebelum Masihi dan berasal daripada keturunan bangsa Kaukasoid.
Bagaimanapun, analisis DNA terhadap mayat menunjukkan mereka terdiri daripada gabungan populasi dari Timur dan Barat.
Mayat lelaki ditemui mempunyai kromosom yang biasa ditemui di utara dan timur Eropah, manakala DNA pula ditemui di Siberia.
Kini ada beberapa fakta aneh dalam penemuan kubur Xiaohe itu.
Pakar arkeologi sudah mencari ratusan kilometer di sekitar kompleks perkuburan itu dan mereka tidak menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan mayat yang ditanam di perkuburan Xiaohe itu, atau gaya hidup mereka.
Ia kelihatan seolah-olah mereka dibawa ke situ dari tempat yang jauh.
Apakah budaya masyarakat Xiaohe, dari mana mereka berasal dan mengapa mereka lenyap? Semua persoalan itu masih belum berjawab. Sumber: Hmetro Online
[Sumber]
Salah satu daripada 30 mumia sempurna yang ditemui.

The Beauty of Xiaohe.
Satu daripada mumia itu menjadi terkenal kerana mempunyai raut fizikal sama seperti orang Eropah berbanding orang China.
Ia dinamakan ‘Si Jelita Xiaohe.’ Tanah perkuburan itu dipercayai wujud sejak tahun 2,000 Sebelum Masihi dan berasal daripada keturunan bangsa Kaukasoid.
Bagaimanapun, analisis DNA terhadap mayat menunjukkan mereka terdiri daripada gabungan populasi dari Timur dan Barat.
Mayat lelaki ditemui mempunyai kromosom yang biasa ditemui di utara dan timur Eropah, manakala DNA pula ditemui di Siberia.
The Yingpan Man Mummy.
Kini ada beberapa fakta aneh dalam penemuan kubur Xiaohe itu.
Pakar arkeologi sudah mencari ratusan kilometer di sekitar kompleks perkuburan itu dan mereka tidak menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan mayat yang ditanam di perkuburan Xiaohe itu, atau gaya hidup mereka.
Ia kelihatan seolah-olah mereka dibawa ke situ dari tempat yang jauh.
Apakah budaya masyarakat Xiaohe, dari mana mereka berasal dan mengapa mereka lenyap? Semua persoalan itu masih belum berjawab. Sumber: Hmetro Online
[Sumber]
1 comments so far
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny
EmoticonEmoticon