Thursday 31 January 2013

Misteri Lendir Berwarna Oren Di Pantai Alaska

Misteri lendir berwarna oren yang terdampar di pantai Alaska awal bulan ini telah mencetuskan kebimbangan tentang pencemaran.


Ujian sampel yang dihantar oleh Jabatan Konservasi Alam Sekitar Alaska menghasilkan keputusan secara rasmi di sebuah makmal yang dimiliki oleh National Oceanic and Atmospheric Administration's Alaska Fisheries Service Center.

Jeep Rice, seorang saintis utama di makmal Juneau berkata beberapa jenis kerang dan siput kecil atau embrio disaluti titisan minyak lipid di tengah badanya menyebabkan ia berwarna oren. Ia adalah semulajadi dan bukan bahan pencemaran kimia ataupun bahan buatan manusia.

Bahan tersebut melekit, tetapi menjadi serbuk apabila kering, kata Julie Speegle,seorang jurucakap Perkhidmatan NOAA Perikanan di Alaska.

Untuk mendapatkan kepastian secara rasmi yang lebih tepat, Speegle berkata saintis di makmal Auke Bay telah menghantar sampel ke Pusat Kesihatan Pantai Alam Sekitar dan Penyelidikan Biomolekul NOAA di Charleston, South Carolina.

"Sebaik sahaja mereka menerima sampel, mereka akan melakukan analisis secara rasmi lebih mendalam," katanya.

Kivalina, sebuah kampung yang secara rasmi dihuni seramai 400 orang, terletak di hujung tanjung karang, Laut Chukchi.

-Reuters.


EmoticonEmoticon