25 Dec 2012

Misteri! Tumbuhan Pun Tahu Membalas Dendam!

Tumbuhan merupakan sejenis benda hidup yang tidak bergerak dan sering menjadi mangsa kepada benda hidup lain terutamanya haiwan dan manusia. Tetapi percayakah anda jika dikatakan tumbuhan juga mampu untuk membalas dendam?


Kedengaran agak pelik, tetapi itulah keistimewaan yang dimiliki oleh sejenis spesis tumbuhan hutan yang dikenali sebagai pokok ara ini. Buah daripada pokok ini tergolong dalam spesies Moroceae itu dikatakan mampu untuk membalas dendam jika dikhianati, bahkan turut membunuh mangsa serta keturunannya.

Seperti yang kita ketahui, tumbuhan dan serangga mempunyai hubungan yang sangat penting. Tumbuhan memberikan nektar iaitu sejenis cecair manis kepada serangga, manakala serangga pula akan bertindak sebagai agen untuk membiakkan benih tumbuh-tumbuhan berkenaan.


Tetapi, bagaimana sekiranya haiwan tersebut tidak mematuhi aturan semulajadi ini. Apa yang mampu dilakukan oleh tumbuhan ini? Adakah hanya mengeluh dan menerima nasib sedemikian rupa? Atau meminta serangga pergi dan tidak datang kembali?

Proses semulajadi ini sering herlaku dalam keadaan yang berat sebelah di mana haiwan atau serangga mendapat lebih banyak manfaat herbanding tumbuhan. Haiwan-haiwan boleh mendapatkan keperluan makanan secara percuma daripada tumbuh-tumbuhan, bahkan turut menyimpannya sebagai bekalan makanan dalam tempoh tertentu.

Tetapi berbeza dengan tumbuhan spesies pokok ara tidak akan berdiam jika dikhianati. Ia mempunyai cara tersendiri untuk membalas dendam, iaitu dengan membunuh anak-anak serangga yang dilahirkan atas buahnya.

Menurut seorang pengkaji tumbuhan dari National Geographics, Geomes Michaloud yang telah melakukan penyelidikan terhadap spesis pokok ara, pokok ini mempunyai satu hubungan khusus dengan sejenis spesis lebah yang dikenali sebagai lebah ara.

Apabila lebah-lebah ini memerlukan madu, ia akan mendapatkannya daripada pokok ara, seterusnya bertelur di dalam buah. Sebagai galang gantinya, si lebah pula perlu menyebarkan benih pokok supaya ia dapat membiak.

Pokok berkenaan tidak mampu membiak jika proses pendebungaan tidak dibantu oleh lebah, manakala lebah pula tidak depat hidup jika tidak mendapatkan sumber makanan daripada pokok ara. Dengan kata lain, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.

Tetapi jika proses sedemikian tidak berlaku dengan sempurna — yakni lebah tidak menjalankan tugasnya, tumbuhan ini akan menggugurkan buah yang mana di dalamnya terdapat telur-telur lebah yang belum menetas.

Proses ini dilihat berlaku secara semula jadi dimana pokok ara seolah-olah tidak mengizinkan si lebah membiak sekiranya proses pendebungaan tidak dilakukan oleh serangga berkenaan.

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Georges Michaloud dan pasukan penyelidiknya, pemerhatian menggunakan kamera berteknologi tinggi, beliau mendapati terdapat lebah yang mementingkan diri sendiri dengan hanya mendapatkan makanan dan bertelur, kemudian pergi berlalu tanpa membawa benih pokok.

Lalu apa yang terjadi ialah sebahagian besar buah ara yang belum masak akan berguguran, seterusnya membunuh anak-anak lebah yang belum menetas atau meninggalkan buahnya.

Apa yang anehnya ialah hanya buah yang mempunyai telur lebah sahaja gugur ke tanah. Manakala buah-buah lain yang tidak mengandungi telur kebanyakannya masih kekal berada di atas pokok berkenaan.

Dalam satu lagi eksperimen yang berasingan, Georges Michaloud turut melakukan pemerhatian yang hampir serupa tetapi kali ini dia cuba membuat perbandingan dengan lebah yang melakukan tugas mereka sebagai agen pendebungaan pokok ara. Apa yang didapatinya adalah sangat berbeza dan kebanyakan buah ara yang mempunyai telur lebah masih kekal berada di atas pokok.

Begitu juga dengan pokok ara yang langsung tidak dikunjungi lebah, keputusan yang diperoleh juga adalah serupa. Ini menunjukkan yang buah ara sememangnya memiliki sifat dendam sekiranya ada serangga yang mengkhianati aturan semulajadi ini.

Bagaimanapun, Georges masih tidak dapat menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Proses semulajadi ini sering berlaku dalam keadaan berat sebelah dimana haiwan atau serangga mendapat lebih banyak manfaat berbanding tumbuhan.

[Sumber]


EmoticonEmoticon

LIMK