Thursday 18 July 2013

Kisah Misteri Kematian Mary Reeser

Ini adalah kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak mampu dijelaskan oleh akal. Mary Reeser, lahir pada 1881, ditemui hampir seluruh badannya hangus dilahap api di rumahnya di Florida pada 1951. Tapi anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya dalam keadaan elok. Sangat misteri!


Lebih aneh lagi, api seolah-olah hanya menyambar tubuh Mary Reseer saja. Ini kerana ruangan di sekitarnya tempat dia ditemui, sama sekali tidak terbakar. Padahal suhu api begitu tinggi dan sepatutnya menyambar ke seluruh ruangan bukan hanya tubuh wanita itu.

FBI telah datang untuk melakukan penyelidikan, forensik pun ikut mengambil bahagian dalam siasatan itu, tapi tidak mampu memecahkan punca kenapa boleh terjadi demikian.


“Saya merasa sukar mempercayai perkara ini. Tubuh manusia yang terbakar dengan suhu tinggi, boleh menyisakan kaki yang elok dan tidak terbakar sedikitpun. Apa sebenarnya yang terjadi pada malam 1 Julai 1951? Ini sangat misteri. Sepatutnya seluruh ruangan ini hangus terbakar. Ini sangat luar biasa yang pernah saya lihat. Rambutnya pendek dengan wajah seperti sedang dalam ketakutan yang amat sangat.

Saya merasa seperti tinggal di abad pertengahan, di mana orang ramai berbicara tentang sihir dan black magic,” ungkap Profesor Krogman dari University of Pennsylvania’s School of Medicine. Dia mengaku tidak mampu menjelaskan misteri ini.


EmoticonEmoticon