23 Jun 2013

Kisah Misteri Lukisan Nazca Di Peru

Tiada siapa menyangka ada satu misteri objek aneh terpampang di dataran Gurun Nazca yang terletak di selatan Lima, Peru. Pada tahun 1920 sebuah pesawat komersial telah melintasi gurun berkenaan, juruterbang dan penumpang tergamam dan berasa hairan melihat pelbagai objek garisan lukisan aneh tertera di permukaan gurun itu.


Pelbagai lukisan bersaiz besar dalam pelbagai bentuk yang dilukis di atas tanah gurun. Lukisan tersebut mencapai ratusan meter panjang dan tidak mungkin disedari sesiapa meskipun seseorang itu berjalan di atasnya. Bentuknya hanya jelas kelihatan daripada udara.

Pelbagai persoalan mula timbul tentang misteri lukisan tersebut. Seorang doktor tempatan Toribio Mejia Xespe, dipercayai antara ahli sains pertama yang mengkaji lukisan Nazca iaitu pada 1927 dan selepas itu ramai penyelidik dan ahli arkeologi mula memenuhi Gurun Nazca.

Kajian mendapati lebih kurang 300 lukisan yang dihasilkan malah ia meliputi kawasan yang amat luas iaitu sejauh lebih 57 kilometer dan terdapat di antara Pergunungan Andes dan Pantai Peru. Antara objek yang tertera di permukaan gurun itu adalah monyet, burung, pokok, geometri dan jasad makhluk aneh.

Berdasarkan penemuan artifak arkeologi sekitar kawasan itu, penyelidik mendapati ada kaum tertentu menetap di situ kira-kira 1,300 tahun tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kaum terbabit yang menghasilkan lukisan tersebut.

Proses membuat lukisan tersebut adalah dengan menoreh permukaan tanah batuan keras berwarna gelap di gurun sehingga tanah itu berwarna lebih terang dan membentuk objek. Pelbagai teori diberi oleh penyelidik tentang lukisan tersebut antaranya adalah lukisan itu dibina oleh makhluk asing sebagai tapak pendaratan UFO pada zaman purba.

Selain itu ada juga pendapat mengatakan ia dibina sebagai upacara ritual keagamaan penduduk purba dalam menyembah ‘dewa’. Oleh itu terdapat lukisan berbentuk makhluk aneh menyerupai manusia. Pihak lain mengatakan ‘dewa’ yang disembah penduduk purba berkenaan sebenarnya adalah makhluk asing.

Lukisan itu juga dikaitkan dengan misteri pembinaan piramid dan stonehenge di mana tiga kawasan itu dikatakan menyimpan ‘kuasa’ tinggi di dunia ini serta kerap berlakunya fenomena ‘fata morgana’.

Ahli arkeologi dan matematik Jerman, Maria Reiche percaya garisan pada lukisan mewakili arah pergerakan bintang dan planet tertentu manakala gambar labah-labah dan monyet menunjukkan kumpulan bintang Orion dan Ursa Mayor.

Penyelidik lain, Prof Helaine Siverman mengatakan objek yang dilukis mewakili tanda puak bagi pelbagai puak pribumi yang wujud di kawasan itu, suatu ketika dulu.

Lukisan juga berkemungkinan digunakan sebagai peta untuk penduduk bergerak termasuk ke kawasan yang memiliki air di gurun itu. Sehingga kini asal-usul tentang lukisan tersebut masih kekal menjadi misteri.


[Sumber]

4 comments:

Khalied Ibrahim said...

Pic yang no. 3 tu ada gmbr org tengah pegang penyapu. Boleh share x? Kebetulan ke mcm mana?

namikaze diwae said...

simbolnya dipake di game yugi oh stardust acc

Amani BK said...

mcm dia yg tgah bat corak tu kn...

Heri Budiman said...

Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk, demi makan sehari hari saya terpaksa kerja sebagai kulih bangunan, ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

Post a Comment

 
Bloggerized by Free Blogger Templates