Wednesday, 1 July 2015

Misteri Sindrom Tangan Alien

Bayangkan kita sedang duduk dalam keadaan tenang dan tiba-tiba salah satu tangan kita bergerak sendiri dan menampar serta memukul diri kita sendiri.

Alien Hand Syndrom (AHS)

Malangnya, kita tidak mampu mengawal tangan kita sendiri, seolah-olah tangan itu mempunyai fikiran dan kehendak sendiri.

Mungkin ia kedengaran pelik dan tidak masuk akal, tetapi tahukah anda perkara seperti itu benar-benar berlaku dalam dunia realiti.

Perkara pelik itu adalah salah satu kes perubatan yang sangat jarang berlaku dan dikenali sebagai Sindrom Tangan Alien atau Alien Hand Syndrom (AHS).

AHS pertama kali dikenal pasti pada tahun 1908 oleh pakar neorologi dan psikiatri Jerman, Kurt Goldstein dan tidak banyak kes sindrom tersebut direkodkan sejak dikesan Kurt.

Walaupun namanya adalah Sindrom Tangan Alien, ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan makhluk asing atau alien. Ia berkaitan dengan gangguan saraf dalam otak penghidap sindrom tersebut.

Seseorang dengan gangguan saraf ini tidak akan dapat mengawal pergerakan salah satu tangannya dan tangan itu seakan-akan mempunyai kemahuan dan fikiran sendiri.

Alien Hand Syndrom (AHS) [2]

Penghidap sindrom ini juga biasanya akan menganggap tangan tersebut bukan sebahagian daripada anggota tangan mereka.

Sindrom tangan alien merupakan gangguan saraf yang jarang berlaku di mana tangan akan bergerak tanpa disedari oleh pesakit.

Orang yang menderita sindrom ini biasanya tanpa sedar akan menggerakkan tangannya sendiri, seperti menyentuh muka, meraba-raba benda disekitarnya dan membuka butang baju pakaian sendiri. Malah, ada kes pesakit AHS tanpa sedar mencekik lehernya sendiri.

Penyakit ini boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan pada otak seperti trauma di kepala, strok, tumor atau jangkitan. Selain itu juga, penyakit itu boleh disebabkan oleh kesan sampingan daripada pembedahan pada bahagian otak.

Terdapat kes di mana seorang penghidap AHS mendapat sindrom ini akibat kesan sampingan daripada pembedahan pada otaknya.

Alien Hand Syndrome (AHS) - Karen Byrne [2]

Karen Byrne yang berusia 55 tahun dari New Jersey, Amerika Syarikat menghidap AHS selepas menjalani pembedahan pada otaknya ketika berusia 27 tahun.

Pembedahan yang dijalankan itu adalah untuk memotong sedikit Callosum Corpus (kawasan otak yang menghubungkan kedua bahagian otak) bagi menyembuhkan penyakit epilepsi yang dihidapinya sejak berusia 10 tahun.

Pembedahan itu berjaya dan Karen telah pulih daripada penyakit epilepsi tetapi doktor mendapati terdapat kesan sampingan selepas pembedahan itu apabila secara tiba-tiba tangan kiri Karen membuka butang bajunya tanpa disedari.

Alien Hand Syndrome (AHS) - Karen Byrne

Hasil kajian Dr. Fredrick Assal dari University Hospital of Geneva, Switzerland yang menjalankan imbasan otak pada seorang lelaki berumur 70 tahun yang menderita AHS kerana strok menunjukkan terdapat aktiviti di kawasan otak semasa terjadi gerakan tanpa sedar pada tangan.

Ini menunjukkan otak mengawal gerakan tangan secara spontan yang langsung tidak disedari oleh pemilik anggota badan.

Walaupun sindrom ini dianggap sebagai gangguan saraf berbanding ancaman perubatan, pesakit sering mengalami masalah psikologi, malu dan kadang-kadang mengalami keadaan yang membahayakan diri sendiri.

Buat masa ini belum ada ubat atau rawatan khusus untuk merawat sindrom pelik ini. Pesakit biasanya akan mencari cara yang kreatif untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Adakalanya pesakit dengan AHS akan menggunakan tangan yang tidak terbabit untuk menahan, memaksa atau mengawal pergerakan tangan AHS.

Terdapat pesakit yang duduk di atas tangan dan ada juga yang mengikat tangan mereka untuk menghalang tangan tersebut daripada bergerak sendiri.

[Sumber]

6 comments

bagus blognya, kunjungi blogku juga ya, salam misteri

trimakasih infonya....
sangat menarik dan bermanfaat....
mantap...

terima kasih atas ceritanya, coba deh kunjungi blog saya http://maniakceritamisteri.blogspot.com/

Numpang posting ya min ^_^
Buruan yuk mampir di Y9POKER guys
*Minimal Deposit 10.000-,
*Minimal Withdraw 15.000-,

Disini kamu dapat mainkan 1 ID untuk semua game^__^
*Texas Poker *Capsa Susun
*Ceme *Bandar Capsa
*Ceme Keliling *Big Two (new game)
*Domino QQ

Y9POKER ada memiliki beberapa bonus menarik seperti
*Welcome Bonus 20%
*Bonus Referral 5%
*Bonus CashBack Mingguan 0.5%
*Bonus Next Deposit 5%

Buruan Join DIY9POKER !!
Hubungi Customer Service kami yang siap melayani kamu selama 7 x 24 jam Stay Online
Pin BBM : E36DAA23
WA : +6285261535211
LINE : Y9POKER
Live Chat : Y9POKER(.)Com

Join yuk di KENARI POKER.
Tunggu Apalagi Segera Daftar dan Depositkan Segera Di KENARIPOKER .COM
- Minimal Deposit 15.000
- Bonus New Member 20.000
- Bonus Next Deposit 20%

Contact Person :
WA : +855 7863 3569

Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny


EmoticonEmoticon