Wednesday, 9 April 2014

Misteri Tengkorak Gergasi Kaum 'Aad!

Sekitar tahun 1990, dunia digemparkan dengan pendedahan beberapa keping gambar yang menunjukkan tengkorak dan rangka manusia yang begitu besar.

Misteri Tengkorak Gergasi, Mereka Kaum 'Aad!

Umumnya, ramai saintis berpemikiran Darwin menganggap rangka itu sebagai beruk gergasi. Mereka bermati-matian mempertahankan apa yang mereka percaya sebagai bapa kepada generasi homo sapiens baru.

Bagaimanapun, disebalik kekalutan itu, muncul sekumpulan orang yang mendakwa gambar itu cuma rekaan komputer semata-mata, mana mungkin ada manusia sebesar itu! Tulang tibia saja pun sudah setinggi manusia biasa, apa lagi tengkoraknya!

Mereka mendakwa penyebaran gambar itu ada kaitan dengan teknologi CGI dan juga perisian animasi komputer yang baru.

Namun, selepas diteliti sekumpulan penyelidik gambar, ia disahkan sebagai imej sebenar dan bukannya objek buatan mahupun 'Superimpose'.

Misteri Tengkorak Gergasi, Mereka Kaum 'Aad! [3]

Berdasarkan kenyataan itu, akhbar tabloid Britain membongkar kisah ini dengan mengaitkannya dengan aktiviti cari gali gas. Menurut laporan berita, penemuan rangka ini berlaku secara tidak sengaja apabila sekumpulan penyelidik dari syarikat Aramco membuat kerja-kerja penggalian gurun di kawasan yang bernama Rub Al-Khali.

Berdasarkan maklumat penduduk tempatan, kawasan ini diklasifikasikan sebagai kawasan terbiar yang tidak diduduki manusia.

Malah setakat yang diketahui, tiada kafilah yang menggunakan laluan ini untuk ke sesebuah tempat.

Soalnya, bagaimana tiada seorang pun bangsa Badwi yang mengetahuinya, sedangkan mereka adalah pakar laluan gurun?

Milik siapakah rangka besar ini? Tidakkah sebelum ini ada pengkaji yang menemuinya dan kenapakah ia dirahsiakan begitu lama?

Atlantis of The Sands - The Search for The Lost City of Ubar

Menurut penulis buku Atlantis of The Sands - The Search for The Lost City of Ubar, Ranulph Fiennas, rangka besar ini sebenarnya datang daripada sebuah bandar yang musnah akibat bencana alam. Kota ini bernama Uber atau Wabar. Lebih tepat lagi, inilah kota Iram yang tenggelam dan runtuh akibat bencana!

Kewujudan kota Iram telah dinyatakan di dalam Al-Qur'an. Ia didiami oleh bangsa yang sangat hebat dan kuat. Mereka adalah kaum 'Aad!

Kehebatan bangsa ini adalah pada tubuh badan mereka yang sangat besar dan kekuatan yang sangat gagah.

Mengikut rekod, bandar yang disebut di dalam Al-Qur'an telah ditemui seorang ahli arkeologi amatur bernama Nicholas Clapp.

Harun Yahya - Kaum-kaum Yang Pupus

Menurut tulisan Harun Yahya dalam buku Kaum-kaum Yang Pupus menjelaskan, Nicholas menemui Iram melalui sebuah buku lama berjudul Arabia Felix. Buku ini ditulis seorang pengembara Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932.

Perkataan Felix merujuk maksud kepada bahagian selatan semenanjung tanah Arab. Orang-orang Rom memanggil kawasan ini sebagai Felix kerana menganggap ia sebagai 'Tanah Arab Yang Bertuah'.

Ini kerana kedudukan kawasan ini menjadi laluan perdagangan antara timur dan barat menyebabkan ia diiktiraf sebagai sesuatu yang sangat berharga.

Thomas, dalam buku ini mengakui pernah mengembara dengan unta kesebuah kawasan yang mempunyai runtuhan kota purba. Menurut panduan Bertram Thomas, terdapat sebuah trek yang terbentang luas di antara bukit pasir.

Runtuhan Kota Ubar
Runtuhan Kota Ubar.

Melalui celah bukit ini akan kelihatan bandar Ubar. Didalamnya terdapat taman-taman kurma dengan dinding kubu yang diperbuat dari perak. Sebahagian dinding telah tenggelam dibawah. Kawasan ini dinamakan Ramlat Shu'ait.

Bagaimanapun, nota panduan Thomas tidak menyatakan masa yang diambil untuk membuat perjalanan ini. Thomas hanya menyatakan, perjalanan ke situ sangat lama. Antara sebuah lokasi dengan lokasi lain sukar untuk dicam kerana hawa gurun panas dan permukaan serupa sepanjang perjalanan.

Berdasarkan kepada informasi yang diberikan Thomas Bertram, Nicholas Clapp percaya bandar ini benar-benar wujud. Cuma dia perlu membuktikan dahulu kewujudan lokasi ini.

Peta Kota Ubar

Hanya berdasarkan kepada minat, Clapp memulakan kajian dengan menjejaki maklumat dan peta lama yang tersimpan di perpustakaan Huntington California.

Penyelidikan singkat ini menemukan Clapp dengan peta lama yang dilakar ahli geografi Mesir Yunani, Ptolemy. Peta ini bertarikh sekitar 200 tahun Sebelum Masihi. Ia menunjukkan lokasi sebuah bandar purba seperti yang diceritakan Thomas. Peta ini juga menunjukkan arah dan cara untuk sampai ke sana.

Berbekalkan maklumat ini, Clapp cuba meyakinkan pihak NASA supaya mengambil gambar dari angkasa lepas mengikut koordinat peta Ptolemy.

Ubar photographs from the Space
Imej satelit Kota Ubar.

Hasilnya, sesuatu yang sangat menakjubkan. Mereka menemui tembok dan tiang bangunan yang tertimbus. Selepas diperincikan, ia adalah sebuah bandar yang disebut dalam Al-Qur'an sebagai Iram.

Benarlah kata-kata Allah di dalam Al-Qur'an. Kaum yang mendiami bandar ini telah dimusnahkan Allah dengan ribut yang sangat dahsyat.

Firman Allah dalam surah Al-Haaqqa ayat 6 hingga 8 menjelaskan bagaimana peristiwa bencana yang disebut pengkaji arkeologi sebagai kemusnahan akibat bencana.

Malangnya, pengkaji arkeologi barat langsung tidak tahu bahawa kaum ini dimusnahkan kerana mereka bangsa yang angkuh lagi sombong!

"Adapun 'Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau-lampau kencangnya. Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum ini bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?" Surah Al-Haaqqa: Ayat 6 hingga 8.

[Sumber]

1 comments so far

Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny


EmoticonEmoticon