Monday, 10 February 2014

Misteri Kehilangan Anak Kapal The Joyita

Pada tahun 1955, sebuah kapal disewa oleh sekumpulan nelayan seramai 25 orang yang digunakan untuk menangkap ikan di perairan Pasifik Selatan.

The Joyita

Dalam persetujuan antara penyewa dan pemilik kapal, mereka perlu melapor diri setiap satu jam, namun pada jam yang ke 7, kapal tersebut tidak melaporkan diri!

Demi keselamatan anak kapal, maka dikerahlah pasukan SAR untuk mencari kapal tersebut.

Setelah pencarian yang melibatkan semua pasukan SAR yang ada. The Joyita tidak ditemui juga. Sehinggalah 5 minggu kemudian, The Joyita ditemui terapung-apung sejauh 1,000km dari lokasinya dilaporkan hilang.

Ketika kapal ditemui, tiada seorang pun dari 25 anak-anak kapal di temui.

Pasukan SAR hanya menemui kerosakan yang didakwa dilakukan oleh lanun yang telah menyerang kapal ini.

Dari hasil penyelidikan pula telah ditemui beberapa titisan darah di dek kapal.

Dikatakan lanun membunuh semua kru kapal dan melemparkan mereka ke dalam laut.

-Malaysiasensasi.net


EmoticonEmoticon