“Saya terkejut sebaik melihat lelaki yang terbakar seluruh badan di depan rumah saya adalah anak saudara sendiri,” kata Badrul Shah Sahak, 45.
Anak saudaranya, Mohd Farid Hassan, 27, maut selepas melecur hampir 90 peratus badannya dalam kejadian di Kampung Sungai Ramal Dalam, di Kajang.
Mangsa yang bekerja sebagai pemandu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, dekat sini, pada jam 2.30 pagi, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
Mangsa datang ke rumah bapa saudaranya itu mungkin untuk meminta pertolongan selepas tubuhnya terbakar.
Setakat ini, polis mendapati tiada kesan jenayah di tempat kejadian seperti penemuan petrol atau pemetik api yang boleh mencetuskan kejadian itu.
Badrul berkata, ketika kejadian, dia dan keluarganya sedang nyenyak tidur sebelum dia terdengar bunyi suara orang meminta tolong dan mengerang kesakitan di luar rumah.
"Asalnya saya tidak mengenali kelibat lelaki yang sudah terbaring di kaki lima rumah saya sambi meminta tolong, namun sebaik menyalakan suis lampu, saya hampir pengsan melihat lelaki itu anak saudara saya.
"Saya kemudian berusaha memadamkan api yang masih menyala di kakinya sebelum menghubungi ambulans yang datang 15 minit kemudian,"katanya ketika ditemui di rumah arwah di Taman Desa Jenaris, di sini, semalam.
Menurutnya, tindakan Moha Farid yang datang ke rumahnya awa pagi itu menimbulkan tanda tanya dikalangan ahli keluarga dan sanak-saudara mereka kerana arwah sudah tiga tahun tidak ditemui.
"Kesibukan arwah yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta menyebabkan kami jarang bertemu, malah sambutan hari raya lalu juga kami tidak sempat bertemu kerana arwah keluar bersama rakan," katanya.
Ibu bapa mangsa enggan ditemuramah kerana masih trauma dan tidak percaya dengan kejadian yang menimpa anak sulung mereka.
[Sumber]
Gambar hiasan

EmoticonEmoticon