Friday, 29 March 2013

Gadis Ditumbuhi Bulu Misteri Seperti Kucing

Li Xiaoyuan digelar 'gadis kucing' kerana bulu halus berwarna kelabu tumbuh di hampir seluruh badannya. Ketika berusia 6 tahun, gadis yang berasal dari Fengkai, China selatan itu mendapati tanda lahir pada bahagian belakang tubuhnya. Kemudian, tanda itu berkembang menjadi berbulu halus seperti bulu binatang.


Lama kelamaan, tanda itu semakin besar dan kini sudah menutupi hampir sebahagian punggungnya serta merembet pula ke bahagian tangan dan muka.

Orang tua Xiaoyuan pun membawanya berjumpa doktor namun, doktor yang memeriksa juga kebingungan dan tidak mampu melakukan apa-apa tindakan untuk mengubati Xiaoyuan.

Menurut doktor, kemungkinan dia menderita penyakit kulit yang sangat aneh yang belum diketahui puncanya.

-SP

Tuesday, 19 March 2013

Wajah Berubah Seperti Cobra Selepas Bunuh 3 Ekor Ular Hitam

Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.


Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.

Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi 'Kobra'.

Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.
Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.

Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.

Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.

''Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan," kata temannya.

Adi menjawab, "Ahh... saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.

Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.

Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.

Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.

Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya.

-AGENSI

Monday, 18 March 2013

Kaki Misteri Yang Mencari Tuannya

Sesuatu yang dianggap misteri apabila roh si mati kembali ke rumahnya untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada waris. Kisah seperti ini pernah ditayangkan dalam drama Tanah Kubur. Ia berkisarkan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan dan maut di tempat kejadian. Tanpa disedari rupa-rupanya terdapat cebisan anggota badannya terlekat di bahagian motosikal. Kemudian si roh datang dan meminta untuk menyempurnakan jasadnya yang masih berbaki lagi.


Maka, kisah di bawah ini pula adalah tentang sepasang kaki yang tiba-tiba muncul di rumah si mati. Apakah mesej yang ingin disampaikan?

Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan di simpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suami tersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempat bergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.

Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabila Hashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini. Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang di atas dapur.

“Tunggu sambal tumis masak sekejap bang,” ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.

“Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemak tu,” ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledar dicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakai secepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.

Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja. Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyah mematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapi tangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.

Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalau nak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin. Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus ke mulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidak pernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhenti menangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.

Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjadi tidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannya menjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyah tersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.

“Ya Allah…abang..,” tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpa meletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengar Pak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah. Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah. Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur di rumahnya.

“Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tok dah buka kapan di mukanya,” ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashim yang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidak terdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinya kerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.

Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematian Hashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masing seorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagal melelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiap kali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas, lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampu menenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam. Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagi hingga ke pagi.

Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayam yang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantai rumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril bangun tengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelum ini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke hulu ke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompat setapak-setapak.

“Kucing agaknya,” bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kaki itu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyah segera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyah segera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengan anak-anak.

“Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nak jaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik,” pesan Zaoyah kepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segera mengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahril duduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju ke rumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.

“Mak! tapak kaki siapa ni mak?” jerit Shahril. Zaoyah bergegas mendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpur di atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi. Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?

Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakah lelaki yang menaruh hati kepadanya?

Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut. Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa dia dengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkap rumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahat pun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkap rumahnya.

Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama. Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril dan Azril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yang terhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapa agaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnya Zaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapak di atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkaku melihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamu rumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.

“Ya Allah, abang Hashim…” bisik Zaoyah apabila mengenali kaki itu adalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang dari pandangan. Zaoyah bagai baru tersedar dari mimpi. Serentak itu juga tubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak berani hendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggu sekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahril tidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentang tapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidak mempedulikannya.

Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiri bekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imam untuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yang dilihatnya.

“Memang saya nampak kaki dia Tok,” ujar Zaoyah sedih. “Apa alamatnya tu Tok?” soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.

“Ada yang tak kena ni Yah”, ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yang dikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapa orang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendiri mencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orang kampung yang lain.

“Subhanallah,” tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampung segera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelah kaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.

“Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dan kapankan. Lepas tu kita kena kebumikan,” ujar Tok Imam. Zaoyah terkejut apabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempat kemalangan.

“Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yang Tok boleh katakan. Wallahua’lam,” ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanya mengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.

Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya.

Wallahua’lam

[Sumber]

Saturday, 16 March 2013

Gambar Hantu Dirakam Secara Tidak Sengaja

Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, hujung tahun lalu.

Musa (tengah) dan Abu Bakar(kiri) menunjukkan kedudukan
 imej lembaga hantu yang dirakam secara tidak sengaja. 
Gambar kecil: Imej lembaga didakwa hantu yang berjaya dirakam

Pekerja kontrak, Musa Ibrahim, 40, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, dia bersama tiga rakannya sedang melepak dan bersembang di dalam ruangan khas gerai itu.

Menurutnya, seorang rakan bernama Rizan Shahrin Abdul Rahman, 35, bertindak merakam gambar kepala salah seorang rakan dengan menggunakan telefon pintar dimilikinya secara suka-suka dengan niat bergurau senda.

“Setelah itu, kami terus meneliti kembali beberapa keping gambar yang dirakam.

“Bagaimanapun, kami terkejut melihat kelibat kepala lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk muncul di penjuru kanan salah satu gambar diambil walaupun pemilik telefon pintar ini benar-benar yakin tidak melihat apa-apa sebelum rakaman gambar dibuat,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di Pekan Bagan Tiang di sini semalam.

Musa berkata, gempar dengan penemuan itu, mereka bertindak menemui salah seorang individu yang arif dalam bidang paranormal untuk mengesahkan imej lembaga berkenaan.

“Setelah meneliti gambar terbabit, individu itu mengesahkan imej hantu yang berkemungkinan ‘melintasi’ lokasi kejadian pada ketika itu.

“Kami memutuskan mendedahkan perkara ini melalui media setelah mendapat maklumat terdapat siri gangguan makhluk halus dialami penduduk sejak kebelakangan ini dan menggesa ada pihak sudi tampil ke hadapan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

-Sinarharian

Thursday, 14 March 2013

Video Kepala Hantu Penanggal Berjaya Ditangkap

Video di bawah didakwa adalah dari satu upacara menangkap hantu yang diadakan di sebuah rumah di negara ini.


Dalam video yang berdurasi 4:28 saat itu menunjukkan seorang bomoh menurunkan sebuah bungkusan yang dipercayai kepala hantu dari tangga sebelum ianya di bawa ke ruang tamu rumah.

'Kepala' hantu itu dilihat bergerak-gerak ketika dibawa oleh bomoh berkenaan.



'Kepala' berkenaan dipercayai milik 'hantu penanggal', sejenis hantu yang berterbangan dengan hanya kepalanya bersama perut yang terburai.

-Pilihan-anda

Tuesday, 5 March 2013

Jalan Bimini Dicipta Makhluk Asing?

Para penyelam telah terjumpa bentuk batuan seperti jalan berturap di bawah laut utara Pulau Bimini di Kepulauan Bahamas.


Ramai orang berpendapat jalan setapak itu adalah kejadian alam semulajadi. Namun penataan batu jalan itu menimbulkan pertanyaan lanjut kerana ianya terlalu rapi dan tersusun.

Beberapa ahli arkeolagi menyatakan ianya adalah sebahagian dari Kota Atlantis (seperti yang ditulis oleh Plato beberapa abad silam).

Tapi hingga hari ini belum ada terbukti tambahan mengenai kewujudan “kota yang hilang” itu. Dan Jalan Bimini masih menjadi pertanyaan dan tengelam di dasar laut bersama sejarahnya.

Adakah jalan itu dicipta oleh alam semulajadi atau manusia?

[Sumber]

Monday, 4 March 2013

Misteri The Plain Of Jars Berusia 2000 Tahun

Terletak di Highlands Lao, Xieng Khouang terletak di pusat tapak arkeologi yang dikenali sebagai The Plain Of Jars. Bertaburan di seluruh daerah ini, saintis menganggarkan The Plain Of Jars berusia kira-kira 2000 tahun.


Berbentuk dalam pelbagai saiz dari agak kecil kepada yang besar dengan yang terbesar seberat 14 tan. Kebanyakan The Plain Of Jars telah musnah akibat pengeboman Amerika Syarikat yang menjalankan kempen pengeboman pada tahun 1969 yang mensasarkan semua tempat bersejarah.

Ada yang percaya bahawa The Plain Of Jars ini adalah untuk penyimpanan abu manusia manakala yang lain percaya mereka ianya direka untuk menyimpan air hujan ketika musim tengkujuh. Ia terletak betul-betul di salah satu laluan perdagangan purba dari India Utara ketika itu.


Mungkin juga faktor keagamaan kerana penggali telah menjumpai patung-patung Buddha, manik dan alat-alat gangsa. Apa yang sering difikirkan bahawa The Plain Of Jars ini memerlukan masa yang panjang untuk dibina, mungkin pada skala yang sama seperti Stonehenge dan telah dilakukan atas sebab-sebab yang amat penting. Buat masa sekarang, kewujudan ini hanyalah satu lagi misteri purba yang masih belum terjawab.

[Sumber]

Sunday, 3 March 2013

Misteri Klerksdorp Sfera Objek Canggih Di Lokasi Primitif

Banyak perdebatan telah timbul mengenai objek yang berbentuk kecil, bulat atau cakera yang ditemui berhampiran Ottosdal, Afrika Selatan.


Penyelidik dan wartawan mendakwa ia adalah sangat ganjil kerana artifak yang ditemui ini sangat mustahil dicipta di daerah yang primitif. Mungkin ianya dicipta oleh makhluk pintar, sama ada manusia, atau berasal dari makhluk asing.

[Sumber]

Saturday, 2 March 2013

Misteri Penemuan Piring Batu Dropa Stones

Dropa, menurut legenda, adalah satu bangsa yang kerdil seperti extraterrestrials yang kononnya mendiami gunung Baian-Kara-Ula China.


Pada 1938 ekspedisi arkeologi yang diketuai oleh Dr Chi Pu Tei ke wilayah ini telah membawa kepada penemuan beberapa siri gua buatan diukir mengandungi Stones Dropa.

Setiap batu, atau seperti cakera padat (CD) sebaliknya, dikatakan berusia sekitar 12,000 tahun, kira-kira 9 inci diameter, dipotong kecil di tengah-tengah dan terukir dengan corak lingkaran hieroglif yang sangat aneh.

Hieroglyphics seperti menceritakan kisah Dropa yang datang dari angkasa lepas dan mendarat di pergunungan.

Kononnya, pasukan Dr Chi Pu Tei juga menjumpai beberapa baris makam dengan ukuran 4 kaki 4 inci dan sangat sinonim dengan ukuran makhluk asing dan kemungkinan dikebumikan di dalamnya.

[Sumber]

Friday, 1 March 2013

Hantu Berjalan Dirakam CCTV

Sebuah rakaman kamera CCTV menangkap penampakan sosok hantu lelaki sedang berjalan keluar pintu sebauh bangunan menuju sebuah pagar dan setelah di periksa pengawal keselamatan, tidak ada sesiapa disana.


Video penampakan hantu lelaki ini terjadi pada 1 Ferbruari 2013 yang lalu setelah sebuah kamera CCTV South Ruislip Community Association and Community Centre yang terpasang dipintu menangkap sosok hantu lelaki yang sedang berjalan keluar dari pintu menuju ke arah pagar dan kemudian menghilang secara tiba-tiba.

Pengawal yang melihat rakaman CCTV menyangka orang yang berjalan dengan cepat itu adalah pencuri. Pengawal kemudian segera menuju ke tempat kejadian dan ketika sampai mereka tidak melihat sesiapa.

“Saya sedang duduk di dalam aula dan melihat kelibat seseorang di kamera CCTV. Saya melihat ada sosok seorang lelaki, tapi tidak yakin jadi saya putuskan pergi keluar untuk memeriksanya,” ujar petugas berkenaan di South Ruislip Community Association and Community Centre, seperti dikutip dari Metro, Rabu (20/2/2013).

“Saya fikir mereka berjalan dengan cepat dan saya kembali masuk ke dalam gedung. Setelah melihat rakaman CCTV saya terkejut melihat seorang lelaki yang transparan dan akhirnya menghilang,” jelasnya.

Pada zaman dahulu, South Ruislip Community Association and Community Centre merupakan tempat tawanan perang warga Itali sepanjang Perang Dunia II. Kemungkinan hantu yang tertangkap kamera cctv ini merupakan roh penunggu gedung yang merupakan korban tawanan perang selama perang dunia II.

[Sumber]