Wednesday 9 January 2013

Wanita Meninggal Yang Menjadi Hantu Terkenal

Hantu merupakan kisah mistik yang sangat dipercayai oleh sebahagian orang timur namun ada juga orang barat yang percaya kewujudan hantu yang sering menampakan diri. Berikut ini ada beberapa kisah hantu wanita yang menjadi cerita yang menakutkan akibat dari kematian mereka sangat tragis dan menyeramkan.

Elva Zona Shue


Elva Zona Shue dikenali sebagai Hantu Greenbrier di Virginia Barat, Amerika Syarikat. Dia tersohor kerana 'hantu'nya telah menceritakan sendiri sebab kematiannya. Wanita ini dibunuh oleh suaminya sendiri kerana tidak membuat masakan yang disukainya.

Hanya ibu Zona, Mary Jane Heaster, curiga menantunya membunuh puteri kesayangannya. Tetapi Mary Jane tidak mempunyai bukti. Mary telah didatangi hantu Zona selama empat malam berturut-turut yang menceritakan perbuatan suaminya yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan terhadap dirinya.

Dari peristiwa itu, Mary Jane meminta bantuan masyarakat setempat untuk menyiasat punca kematian puterinya itu. Selepas siasatan secara terperinci, akhirnya suami Zona ditahan atas tuduhan pembunuhan isterinya sendiri.

Sejak suaminya ditangkap, hantu Zona tidak datang lagi. Sehingga hari ini kisahnya terus diceritakan kembali oleh masyarakat dunia.

Marie Laveau


Marie Laveau dikenali kerana kononnya menjadi pengamal Voodoo dan ilmu hitam. Dia sangat tersohor di pertengahan tahun 1800-an. Leavue dukun yang sangat kuat dan mampu memerintahkan alam ghaib di bawah kuasanya. Makam perempuan ini merupakan tempat paling seram di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat.

Hantu Laveau kononnya akan muncul di hadapan mereka yang berani mengetuk ruang bawah tanah di sebuah toko menjual barang-barang perdukunan. Toko ini pernah menjadi tempat tinggal ahli sihir wanita ini.

Kate Morgan


Kate Morgan merupakan hantu wanita muda yang menghuni ruangan Picturesque, Hotel Beachside del Coronado, di California, Amerika Syarikat. Pada 1892, Morgan ditemui mati dengan peluru bersarang di kepalanya. Tangannya menggenggam pistol ketika itu.

Pada mulanya, semua orang merasakan yang dia membunuh diri. Namun selepas disiasat, pistol dan peluru tidak sepadan. Pembunuhan Morgan hingga kini belum berjaya diselesaikan.

Para pekerja hotel dan tetamu sering melihat hantu Morgan. Kehadirannya boleh dirasakan apabila kadang-kadang buku terselak dengan sendirinya tanpa seorang pun menyentuhnya atau pam air di tandas berfungsi sendiri.

Dolly Madison


Dolly Madison merupakan isteri Presiden Amerika Syarikat keempat James Madison. Dia enggan berpindah dari Rumah Putih lantaran tamannya yang sangat indah. Dolly memang memiliki hobi terhadap taman bunga. sehingga dia meninggal dunia.

Ketika Woodrow Wilson menjadi presiden, dia dan isterinya Edith hendak menghias semula kebun milik Dolly. Hantu Dolly rupanya tidak dapat merima jika ada orang yang hendak merosakkan tamannya. Hantunya muncul dan menyebabkan semua tukang kebun lari ketakutan. Akhirnya rombakan itu dihentikan.

Hingga kini, Dolly masih menjaga tanamannya. Sesekali dia akan menampakkan diri berjalan melihat kebun bunga yang dibangunkan sendiri olehnya. Ini sekaligus menjawab kenapa Rumah Putih tidak pernah merubah hiasan halamannya.

Si Manis Jembatan Ancol


Si Manis Jembatan Ancol dikenali dengan nama Mariam atau Siti Ariah. Menurut cerita, dia seorang gadis desa yang telah diperkosa beramai-ramai oleh pemuda yang mabuk. Mereka juga telah membunuh Mariam dan melemparkan mayatnya ke bawah jambatan Ancol.

Sejak itu, masyarakat sering melihat kelibat wanita cantik berjalan sendirian ditengah malam, di daerah sekitar Ancol. Para tetamu Hotel Horison juga sering mendapat laporan adanya sosok Mariam berjalan, lalu menghilang. Pihak hotel konon membuat bilik khusus untuk dirinya.

Mariam juga dikenal di mancanegara. Beberapa media asing pernah mengulasnya sebagai legenda urban masyarakat Jakarta.

[Sumber]

1 comments so far

hai admin..saya amat suka crita2 n kisah2 yang anda kongsikan dlm blognie..tq..smga admin brjaya n blh brkongsi lbh bnyak lagi kisah misteriiii


EmoticonEmoticon