Thursday 24 January 2013

Misteri Moguicheng Kota Iblis Di China

Di China, terdapat sebuah kota bernama Xinjian. Di kota ini, ada satu daerah terbengkalai yang digelar “Moguicheng” atau kota iblis (Devils’ Town). Disana ada beberapa istana kuno yang masih menjadi misteri.


Orang-orang tempatan menyebutnya Moguicheng yang bererti Kota Iblis. Moguicheng, yang merupakan padang pasir terletak di wilayah Xinjian. Daerah ini merupakan daerah yang terbengkalai dan tidak ada satupun orang yang tinggal disini.

Disebut kota iblis kerana kota ini menyimpan misteri. Jika kita berjalan pada hari yang cerah kearah istana-istana ditemani tiupan angin sepoi, maka kita akan mendengar alunan melodi yang menyerupai dentingan loceng ataupun petikan gitar yang dimainkan dengan lembut.


Namun ketika badai datang, pasir yang beterbangan membuatkan langit menjadi gelap seketika. Alunan melodi itu akan berubah menjadi suara auman harimau, tangisan bayi, suara haiwan yang sedang disembelih, jeritan wanita dan akhirnya semua akan berubah menjadi suara teriakan, tangisan dan kemarahan.

Sehingga saat ini, fenomena ini tetap jadi misteri. Tidak ada yang cuba untuk membongkar misteri apa sebenarnya yang menyebabkan terdengarnya suara sedemikian. Mitos yang mengatakan bahawa mereka adalah suara hantu.

[Sumber]

2 comments

boleh nih..buat tempat cari uka2

boleh nih..buat tempat cari uka2


EmoticonEmoticon