Saturday 19 January 2013

Misteri Malang Manusia Yang Sentiasa Diburu Petir

Seorang pegawai tentera British, Mejar Summerlord yang sedang menunggang kuda semasa hujan renyai pada tahun 1918 dan merentasi sebuah padang di Flanders terdengar bunyi dentuman kuat. Dia tercampak beberapa meter dan kemudiannya mendapati kudanya terbunuh disambar petir.


Walau bagaimanapun, dia hanya lumpuh. Akibat daripada itu, dia ditamatkan perkhidmatan dan berpindah ke Vancourver, Kanada bagi memulakan hidup baru.

Lima tahun kemudian, Summerlord menghabiskan waktu petang dengan berehat dibawah sebatang pokok, sekali lagi petir hampir menyambarnya. Dia terselamat, cuma dahan pokok yang sekah.

Pada musim bunga tahun berikutnya, Summerlord bersiar-siar di sebuah taman. Cuaca yang redup mendorongnya berkerusi roda lebih jauh. Sebaik tiba di sebuah kawasan lapang, belum pun sempat menghilangkan penat, petir berdentum. Serangan kali ini menyebabkan Summerlord maut.

Keadaan tidak habis disitu apabila empat tahun kemudian semasa hujan lebat, kubur Summerlord yang terletak di tengah kawasan pusara ternama di Vancourver terkena petir. Hingga kini, tiada siapa yang dapat menjelaskan kenapa petir sentiasa mengejarnya kemana sahaja.

1 comments so far

Alangkah seksanya hidup kalau selalu diburu petir.


EmoticonEmoticon