22 Nov 2012

Misteri Letupan Laksana Bom Atom Tunguska

Setelah 104 tahun kejadian letupan di Tunguska, Siberia berlaku, ia masih menjadi bencana alam yang paling misteri.


Pada 30 Jun 1908, satu bola api yang dianggarkan 1000 kali lebih kuat dari bom atom Hiroshima menghentam bumi melibatkan satu kawasan sebesar 2,150 km persegi.

Kejadian ini bukan sahaja memusnahkan tumbuhan di situ, malah kebakaran di situ kekal selama berminggu-minggu dan bunyi hentaman itu boleh didengar dari tempat yang jauh.

Teori yang dikaitkan dengan kejadian itu ialah letupan meteor atau UFO yang mempunyai reaktor nuklear, hentaman komet dan senjata berkuasa ciptaan Nikola Tesla yang tersalah sasaran.

-Sentiasapanas.blogspot.com


EmoticonEmoticon

LIMK