Thursday 22 November 2012

Misteri Kereta Mainan 7500 Tahun Lalu

"Kereta mainan" yang dipamerkan di pameran kereta mainan (semuanya dibuat dari batu) di Muzium Alp Mardin di Turki dikatakan berusia sekurang-kurangnya 7,500 tahun yang dibina pada akhir Zaman Batu.


Ketika temuramah dengan wartawan, Alp berkeras bahawa benda itu adalah kereta mainan.

Pengarah Kebudayaan Muzium  Mardin, Davut Beliktay, menegaskan bahawa benda yang dipamerkan salah satunya adalah kereta mainan yang berusia 7.500 tahun. Beliktay mengatakan bahawa kereta itu "seperti salinan" kereta pada hari ini.
 
Menurutnya lagi, kereta mainan itu juga menyerupai sebuah traktor. Namun, dia tidak menjelaskan bagaimana mungkin ada kereta mainan berusia 7,500 tahun.

Penemuan ini sememangnya mampu menjadi fakta sejarah yang menarik kerana usianya yang sangat panjang. Namun kita juga berharap mereka mampu menjelaskan dengan tepat tentang pendapat bahawa mereka memiliki kereta mainan yang berusia ribuan tahun.


-Sentiasapanas.blogspot.com



EmoticonEmoticon