22 Nov 2012

Gajah Purba Berusia 500,000 Tahun Di Temui

Satu rangka seekor gajah purba yang hampir lengkap dipercayai hidup antara 200,000 dan 500,000 tahun dahulu ditemui berhampiran Paris, kata Institut Penyelidikan Arkeologi Penyenggaraan Kebangsaan Perancis.


Rangka itu ditemui di Changis-sur-Marne, timur laut Paris.

Penemuan tersebut melibatkan tulang paha, pelvis, rahang dan empat bahagian vertebra.

Gajah itu diberi nama Helmut oleh pasukan yang menemuinya dan dianggarkan berusia antara 20 dan 30 tahun.

–AFP


EmoticonEmoticon

LIMK