Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Friday, 28 August 2015

4 Misteri Yang Masih Gagal Di Rungkai

Memang mudah untuk manusia menjadi obses dengan misteri yang tidak pernah diselesaikan di dunia ini. Misalnya 5 misteri dibawah, semuanya masih menimbulkan tanda-tanya dan ada yang sudah berlangsung berdekad-dekad lamanya tidak kira berapa ramai pakar mengkaji kes-kes ini. Dan sehingga sekarang, ianya terus kekal diselabungi misteri.

Batu Dighton

Dighton Rock

Dighton Rock adalah sebuah batu seberat 40 tan yang ditemui di pesisiran Taunton River, Massachusetts dan dipenuhi dengan simbol purba (petroglyphs) yang membingungkan. Selama 300 tahun, manusia telah berspekulasi tentang kewujudan dan maksudnya.

Para penyiasat telah mencuba pelbagai kaedah untuk mengkaji simbol-simbol ini sejak dari koloni Inggeris pertama kali menggambarkan tentang batu tersebut pada tahun 1680 tanpa banyak kejayaan.

Pada tahun 1963, pegawai negeri mereka (State officer) telah memindahkan batu itu untuk pemeliharaan dan pemuliharaan sebagai bahan kajian yang menarik dan bersejarah.

Kebanyakan pakar, ahli akademik dan cerdik pandai menyimpulkan bahawa simbol-simbol ini berasal dari puak orang asli Amerika. Teori-teori yang lebih luarbiasa mengusulkan ia adalah hasil kerja Portugis, Cina dan orang Phoenician Purba.

Kanak-kanak Hijau

Green Kids from Land of St Martin

Dua orang kanak-kanak pelik telah muncul di Woolpit, Suffolk, UK, pada kurun ke 12. Adik-beradik lelaki dan perempuan tersebut memiliki kulit berwarna hijau, walaupun selain itu mereka seakan-akan normal.

Mereka juga bertutur bahasa asing yang tidak difahami dan hanya memakan bijian kacang. Lama-kelamaan kulit mereka hilang warna kehijauannya dan mereka belajar bertutur dalam bahasa Inggeris.

Mereka mengaku datang dari "Land of St Martin", di mana tempatnya gelap dan matahari tidak pernah terbit. Kononnya semasa mereka menjaga haiwan ternakan ayah mereka, mereka terdengar bunyi loceng lalu mereka mengikut sungai cahaya yang membawa mereka ke Woolpit.

Ada teori mengatakan, mereka adalah Kanak-kanak Hollow Earth atau dari Dimensi Selari (Parallel Dimension) atau mungkin juga alien!

Cicada 3301

Cicada 3301

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, setiap Januari terdapat satu teka-teki dalam talian (online puzzle) yang sangat pelik yang dihoskan oleh seseorang atau kumpulan yang menggelarkan diri mereka "3301". Simbol mereka adalah seekor cengkerik ("Cicada").

Kesemua puzzle yang kompleks itu terdiri daripada gabungan kriptografi, matematik, sastera, mesej tersembunyi, data keselamatan dan falsafah.

Klu atau petunjuk dilaporkan bertebaran di beberapa variasi tempat di seluruh dunia termasuk Poland, Hawaii, Sepanyol, Australia dan Korea.

3301 menyatakan tujuan puzzle ini adalah untuk mencari "individu-individu intelek". Namun, tidak pula dinyatakan kenapa dan untuk apa.

Ramai yang berpendapat teka-teki atau puzzle yang seolah-olah mustahil untuk diselesaikan ini merupakan medium bagi organisasi-organisasi seperti CIA atau M16 merekrut ejen rahsia dari kalangan orang awam.

Pasangan Kembar Pollock

Pollock Twins

Pada tahun 1957, Joanna (11 tahun dan Jacqueline Pollock (6 tahun) telah terbunuh secara tragik dalam satu kemalangan kereta di Northumberland, England. Mereka adala adik-beradik. Setahun kemudian, ibu mereka melahirkan sepasang kembar, Jennifer dan Gillian. Jennifer yang lebih muda, mempunyai tanda lahir pada tempat yang sama Jacqueline miliki.

Kembar ini mula meminta barang mainan yang pernah dimiliki oleh dua orang kakak mereka yang telah meninggal dunia dan mengajak ibu mereka ke taman tempat kakak-kakak mereka pernah lawati tanpa ada sebarang pengetahuan mengenai perkara-perkara tersebut sebelum ini.

Seorang ahli psikologi yang dihormati ketika itu, Dr. Ian Stevenson, mengkaji secara mendalam kes ini dan membuat kesimpulan bahawa pasangan kembar tersebut adalah kelahiran semula Joanna dan Jacqueline Pollock.

[Sumber]

Monday, 17 June 2013

Penemuan Luarbiasa 200 Tapak Kaki Misteri

Penemuan lebih 200 kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun getah berhampiran Kampung Kepis Baru, di sini, kelmarin, menggemparkan penduduk setempat.


Penduduk kampung itu, Adnan Pungut, 48, yang mendakwa orang pertama menemui kesan tapak kaki ganjil itu berkata, dia ke kebunnya jam 3 petang untuk membersih serta membakar longgokan kayu pokok getah yang ditebang.

Bagaimanapun, dia terkejut dan segera pulang selepas menemui kesan tapak kaki ganjil yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hidup.

“Sebaik melihat kesan tapak kaki bersaiz luar biasa yang ganjil itu, saya melarikan diri pulang kerana sangat takut. Saya memaklumkan kepada jiran dan penduduk kampung sebelum kami bersama-sama pergi semula ke kebun getah itu.

“Kami menemui lebih 200 kesan tapak kaki ganjil bersaiz sama sepanjang menjejaki binatang itu. Kesan tapak kaki yang ditemui itu berbentuk hampir bulat dengan garis pusat dianggar 18 sentimeter dengan lima jari bersaiz lima sentimeter panjang dan lima sentimeter lebar.

-Hmetro

Thursday, 31 January 2013

Misteri Lendir Berwarna Oren Di Pantai Alaska

Misteri lendir berwarna oren yang terdampar di pantai Alaska awal bulan ini telah mencetuskan kebimbangan tentang pencemaran.


Ujian sampel yang dihantar oleh Jabatan Konservasi Alam Sekitar Alaska menghasilkan keputusan secara rasmi di sebuah makmal yang dimiliki oleh National Oceanic and Atmospheric Administration's Alaska Fisheries Service Center.

Jeep Rice, seorang saintis utama di makmal Juneau berkata beberapa jenis kerang dan siput kecil atau embrio disaluti titisan minyak lipid di tengah badanya menyebabkan ia berwarna oren. Ia adalah semulajadi dan bukan bahan pencemaran kimia ataupun bahan buatan manusia.

Bahan tersebut melekit, tetapi menjadi serbuk apabila kering, kata Julie Speegle,seorang jurucakap Perkhidmatan NOAA Perikanan di Alaska.

Untuk mendapatkan kepastian secara rasmi yang lebih tepat, Speegle berkata saintis di makmal Auke Bay telah menghantar sampel ke Pusat Kesihatan Pantai Alam Sekitar dan Penyelidikan Biomolekul NOAA di Charleston, South Carolina.

"Sebaik sahaja mereka menerima sampel, mereka akan melakukan analisis secara rasmi lebih mendalam," katanya.

Kivalina, sebuah kampung yang secara rasmi dihuni seramai 400 orang, terletak di hujung tanjung karang, Laut Chukchi.

-Reuters.

Tuesday, 29 January 2013

Lampu Misteri Yang Menyala Selama 1,500 Tahun

Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.


Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.

Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.

Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?

[Sumber]

Thursday, 10 January 2013

Misteri Struktur Pelik Di China

Beberapa imej pelik telah kelihatan di China yang dapat dilihat dari Google Map yang menunjukkan garisan-garisan yang aneh.


Ia terletak di Dunhuang, Jiuquan, Gansu, utara Sungai Shule, yang melintasi Banjaran Tibet ke barat ke Gurun Kumtag. Ia meliputi kawasan kira-kira satu batu panjang dan lebih daripada 3,000 kaki lebar.


Semua ni terletak dekat padang pasir Xinjian. Apa agenda China sebenarnya yer?

[Sumber]