Showing posts with label Misteri Alam. Show all posts
Showing posts with label Misteri Alam. Show all posts

Wednesday, 16 May 2018

Misteri Bangkai 'Globster' Terdampar Di Pantai Mindoro

Penduduk di kepulauan Filipina, gempar dengan penemuan bangkai seekor hidupan laut gergasi digelar 'globster' yang terdampar di pantai Mindoro.

Globster misteri

Seorang penduduk tempatan, Tam Mailing berkata, kehadiran makhluk tersebut merupakan petanda awal bahawa satu bencana alam bakal berlaku di kawasan tersebut.

“Satu gempa bumi sedang menuju ke Oriental Mindiri. ‘Globster’ adalah petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tolong berdoa untuk kami,” katanya.

Menurutnya, ‘globster’ adalah nama yang diberikan kepada seekor haiwan yang tidak dapat dikenali spesiesnya.

Globster misteri

Bagaimanapun, bangkai haiwan gergasi yang berukuran kira-kira 6.1 meter itu telah meninggalkan bau yang amat busuk kepada penduduk setempat.

Pegawai Penguat kuasa Undang-Undang Perikanan, Vox Krusada berkata, pihaknya telah mengumpulkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada bangkai tersebut untuk dianalisis.

Dalam pada itu, pihak Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Mimapora telah bertindak untuk melupuskan bangkai haiwan tersebut. -k

Tuesday, 27 November 2012

Misteri Alam Dalam Kehidupan Manusia

Sedar atau tidak, aktiviti manusia sebenarnya bergantung pada fenomena alam. Waktu dalam kehidupan manusia sebenarnya akan bermula dan diukur melalui fenomena alam dan bukannya jam.


Sebab itulah, jam kadang-kala tidak tepat walaupun secara fiziknya jam itu mampu mengukur tanpa ralat.

Setakat ini, saintis masih tidak dapat menentukan apakah detik itu menjadi permulaan pada minit dan jam hingga boleh menentukan hari, minggu, bulan dan tahun.

Apa yang jelas ialah, hari, minggu dan bulan ditentukan oleh fenomena matahari dan bulan yang terbit dan terbenam di ufuk langit.


-Sentiasapanas.blogspot.com