Showing posts with label Batu Misteri. Show all posts
Showing posts with label Batu Misteri. Show all posts

Friday, 22 November 2013

Misteri Batu Terbakar Ribuan Tahun di Turki

Kira-kira 80 km sebelah barat daya ibu kota Turki, 'Antalya', bersebelahan dengan bandar Cirali di barat daya Turki, ada batu yang terus menyala yang terletak di sebuah gunung berbatu dan di dalam batu itu pula terus mengeluarkan api yang telah menyala selama ribuan tahun lamanya.

Yanartas

Nyalaan api itu membakar di bahagian yang berhampiran dengan gunung. Sebab-sebab api menyala dikatakan kerana terdapat gas metana yang keluar melalui lubang bawah tanah.

Penduduk Turki menyebut Batu Terbakar itu dengan sebutan Yanartas, dan mereka menganggarkan bahawa api itu telah menyala selama 2,500 tahun lamanya.

Lubang tersebut tersebut merupakan pelepasan terbesar gas metana abiogenic yang boleh ditemui di atas tanah setakat ini.

Selama beratus-ratus tahun yang lalu, para nelayan Turki boleh melihat nyalaan api itu dari laut dan mereka sering memanfaatkannya sebagai penunjuk arah untuk mengemudi arah kapal.

Yanartas

Namun, hingga saat ini Batu Terbakar itu sering digunakan oleh para pendaki untuk memasak dan membancuh teh dan sebagai penghangat ketika cuaca sejuk.

Nyalaan api itu, menurut beberapa catatan kuno, telah melahirkan sebuah mitos tentang Chimera.

Menurut Mitos, Chimera di gambarkan sebagai binatang yang bernafas api.

Dengan tubuh dan kepala berbentuk singa, dan sebuah kepala kambing yang tumbuh dari punggungnya.

Manakala ekornya berupa kepala seekor ular.

Thursday, 22 November 2012

Misteri Batu Yang Bergerak Sendiri

Salah satu misteri yang paling menarik di Death Valley National Park adalah batu-batu berjalan, bergerak atau gelongsor di Racetrack Playa (hamparan tasik kering Playa). Batu-batu ini boleh didapati di permukaan lantai tasik kering Playa dengan bekas laluan lama di belakang mereka.


Entah bagaimana ini batu-batu ini berjalan di seluruh tasik kering Playa, meninggalkan alur-galur pada keladak tanah tersebut apabila ia bergerak. Berat beberapa batu mencecah 100 pound. Yang menjadikan tanda tanya "Bagaimana ia boleh bergerak?" satu persoalan yang sangat mencabar.

Tidak ada sesiapa yang tahu atau pasti bagaimana beberapa batu ini bergerak walaupun ada beberapa orang telah datang dengan beberapa penjelasan yang cukup baik. Sebab mengapa pergerakan mereka kekal menjadi misteri. Yang pasti tidak ada siapa yang pernah melihat semasa ia berjalan!


-Majalahbiarbetul.blogspot.com