Saturday 15 February 2014

Misteri Remaja Muncul Dari Hutan!

Pihak Interpol yang merupakan pertubuhan polis terbesar dunia pernah menyiasat sama ada seorang remaja yang menyatakan sudah tinggal di dalam hutan selama lima tahun merupakan seorang rakyat Britain yang hilang semasa dia masih kanak-kanak, lapor sebuah akhbar pada 2011 yang lalu.

Ray
Lakaran wajah Ray.

Remaja berusia 18 tahun itu yang dikenali sebagai Ray muncul di sebuah dewan di bandar Berlin pada 5 September 2011.

Dia membawa sebuah khemah, beg tidur dan beg galas semasa berjalan menuju ke dewan tersebut.

Menurutnya, dia berjalan keluar dari sebuah hutan yang menjadi tempat dia dan bapanya tinggal.

Namun, bapanya sudah meninggal dunia kerana terjatuh dua minggu sebelum dia ditemui di dewan berkenaan.

Remaja itu menyatakan dia berjalan dengan menggunakan kompas ke utara untuk tiba di Berlin.

Ray dibawa masuk ke sebuah pusat belia di sini selepas dia memberitahu kisahnya itu.

Para pegawai polis kini menunggu hasil keputusan Interpol, sama ada Ray berada dalam senarai rakyat Britain yang didapati hilang.

Menurut seorang pegawai polis Berlin, Claudia Elitok, Ray bercakap bahasa Inggeris dengan fasih dan beberapa patah perkataan dalam bahasa Jerman.

Elitok berkata, dia mengingati namanya tetapi polis tidak mendedahkannya kepada media.

Pegawai polis itu berkata, Ray menyatakan dia berjalan selama dua minggu sebelum tiba di Berlin.

"Dia menyatakan apa yang telah terjadi kepada ibunya tetapi saya tidak boleh memberikan maklumat itu.

"Ray ditemui dalam keadaan baik dan sedang dijaga oleh beberapa pegawai," katanya. -Agensi


EmoticonEmoticon