Thursday, 30 May 2013

Misteri Gunung Menyanyi Di Padang Pasir China

Gunung Pasir Echoing yang terletak di Laluan Sutera, terkenal sebagai satu dari lapan lanskap terindah di Dunhuang dan satu dari empat destinasi “pasir menyanyi” di China.


Gunung yang terbentang sepanjang 40 km dan lebar 20 km ini memiliki ketinggian mencapai 250 meter. Ketika angin bertiup kencang, gunung pasir itu akan terdengar seperti menyanyi. Suara nyaring dari pasir itu terdengar seperti petikan alat muzik kuno China.

Konon menurut cerita warga Penduduk setempat mempercayai, “nyanyian pasir” itu berasal dari perang yang terjadi antara dua pasukan tentera. Namun siapa sangka, ketika sedang berperang, datang badai pasir luar biasa yang kemudian menguburkan para tentara dan kuda-kuda mereka hidup-hidup.

Orang ramai lebih mempercayai pada penjelasan ilmiah yang mengatakan suara itu terbentuk oleh aliran elektrik statik, resonansi, atau gesekan antara pasir.

Itulah indahnya alam untuk difikirkan hamba-Nya.

[Sumber]

Monday, 27 May 2013

Misteri Mitos Mistik Yang Masih Menjadi Kepercayaan

Berikut ini akan saya paparkan tentang beberapa Mitos Mistik yang masih berkembang pada sebahagian masyarakat, diantaranya adalah:


Bayi berumur dibawah satu tahun, suka dijadikan mainan oleh kuntilanak disekitar rumah. Apabila tempat tinggal agak sepi dan dikelilingi oleh pohon besar yang rimbun. Kuntilanak itu akan tertawa terpingkal-pingkal bila melihat bayi yang dicandainya menangis ketakutan. Jadi, bagi menghindarkan bayi-bayi dari kuntilanak, siapkan bangle, ikatkan kebaju bayi.

Didaerah Inderlayu, Ogan Komering Ilir, Sumatera selatan ada suatu cabang ilmu mistik yang bernama ingon boye. Ilmu ini adalah ilmu untuk mencari dan menyelamatkan manusia korban buaya rawa yang masih banyak menghuni daerah ini. Selain mantra-mantera, ilmu ini juga menuntut pelakunya melakukan topo boye, merendam diri selama tujuh hari tujuh malam dira lebong karawang, tempat dimana dimana buaya itu berkembang.

Banaspati adalah jenis hantu yang menyukai darah kotor. Beberapa bukti menunjukkan penemuan sosok banaspati yang sedang menjilat pembalut wanita yang penuh dengan darah. Wanita yang darahnya dimakan Banaspati akan mengalami kesurupan berpanjangan.

Bila seseorang membunuh kucing sampai mati, kemudian ditinggalkan dan membiarkannya begitu saja tergeletak dijalanan, cepat atau lambat akan terkena musibah.

Kononnya bila ada ayam jantan berkokok ketika maghrib, maka itu adalah pertanda disekitar tempat tinggal anda akan ada anak gadis hamil diluar nikah. Bila ayam berkokok pada malam hari. Petanda ada serangan ghaib berupa guna-guna (ilmu hitam atau santau) yang tengah mengancam keluarga anda atau jiran anda.

Ulekan yang biasa dipakai untuk menggiling cabai untuk membuat sambal, boleh dijadikan sebagai ritual mencegah selingkuh. Caranya, Ulekan digabung dengan seluar dalam suami dan dimasukan kedalam besen berisi separuh air. Sebut nama suami tujuh kali dan minta pada penguasa langit dan bumi akan membuatkan alat sulit tidak berfungsi bila melakukan hubungan dengan wanita lain.

Bunga teratai selalu tumbuh diair yang tenang, misalnya kolam. Bunga teratai adalah bunga yang melambangkan kehidupan abadi. Namun, teratai juga dapat memberi pengaruh buruk. Konon, wanita hamil tidak dibolehkan mendekati teratai yang sedang mekar kerana dipercaya dapat menyebabkan gangguan janin.

Wallahualam bissawab dan Allah Yang Maha tahu segalanya. Hanya kepada Allah SWT kita menyembah dan menyerahkan segala sesuatu kepada Allah SWT.

[Sumber]

Saturday, 18 May 2013

Pelajar Terkejut Memiliki Empat Biji Buah Pinggang

Seorang pelajar wanita di London yang menjalani pembedahan pada satu buah pinggangnya terkejut apabila diberitahu dia sebenarnya memiliki empat organ berkenaan.

Jessica Curphey

Jessica Curphey, 20, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan melampau pada bahagian kanan pinggangnya.

Hanya beberapa minggu sebelum ini, doktor mengesan berlaku jangkitan pada air kencingnya dan dia diberi antibiotik.

Bagaimanapun, imbasan di Hospital St Helier di Surrey menunjukkan ada imej ‘gelembung’ sebesar 17 sentimeter pada buah pinggang kanannya.

Sebelas hari kemudian, ujian lanjut menunjukkan gelembung itu sebenarnya adalah buah pinggang kedua di bahagian kanan Jessica.

Namun, ia telah rosak dan mesti dibuang.

Ketika pembedahan membuang buah pinggang rosak itu dijalankan, doktor terkejut apabila mendapati ada satu lagi buah pinggang lain.

Jurucakap hospital berkata, penemuan itu menjadikan Jessica sebenarnya memiliki empat buah pinggang.

“Kejadian begini sangat jarang berlaku,” katanya. Selepas berjaya menjalani pembedahan membuang buah pinggang rosak itu Jun tahun lalu, Jessica kini aktif dalam kegiatan amal bagi mengumpul dana untuk badan kebajikan.

Kata Jessica, sebelum ini dia tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi apabila dimaklumkan memiliki empat buah pinggang. “Kini agak seronok melihat reaksi orang lain apabila saya memberitahu saya ada buah pinggang tambahan,” katanya ketika ditemui.

-Daily Mail

Friday, 10 May 2013

Misteri Pintu Gerbang Ke Neraka

Jika di China ada gerbang menuju ke syurga, di Turki pun ada pintu gerbang yang boleh membawa anda terus ke neraka. Penyelidik Itali mengumumkan bahawa sebuah gerbang ke neraka telah terbuka dari runtuhan di sebelah Barat Daya Turki. Gerbang yang disebut Pluto Gate ini ditemui pada halaman terdahulu di bandar Phrygian, Hierapolis yang kini disebut Pamukkale.


"Pluto" berasal dari Plutonion dalam bahasa Yunani atau Plutonium dalam bahasa Latin. Pluto melambangkan gerbang menuju dunia bawah dalam tradisi dan mitos Greco-Roman.

"Bilik ini penuh dengan wap berkabut yang padat hingga menghalang pandangan. Semua haiwan yang melewati wap itu akan terus mati. Aku melemparkan burung pipit ke dalamnya, dan burung itu terus mati dan jatuh," tulis seorang ahli geografi Yunani Strabo.

Penemuan gerbang neraka ini dilakukan oleh ahli arkeologi Itali di Istanbul Turki, iaitu pasukan yang dipimpin oleh Fransesco D'Andria profesor arkeologi klasik dari University of Salento.

"Kami mencari Plutonium setelah membina laluan ke sebuah sumber air. Ternyata mata air Pamukkale yang mengeluarkan wap putih berasal dari gua ini," ungkap D'Andria,

Di dalam gua tersebut penyelidik juga mendapati sisa-sisa kuil, kolam renang, siri prasasti yang dikhaskan untuk para dewa, Pluto dan Kore. Konon orang-orang hanya dibenarkan menonton ritual suci dari jauh kerana hanya para ketua keagamaan yang dibenarkan berdiri di depan portal.

Beberapa ritual yang dilakukan dalam gua ini adalah dengan membawa haiwan masuk dalam keadaan hidup, kemudian dikeluarkan mereka dalam keadaan mati. Asap dalam gua tersebut memang sangat mematikan, sehingga jika terlalu dekat, karbondioksida akan membunuh semua makhluk hidup.


Dulu dipercayai bahawa hanya para kasim Cybele, dewi kesuburan kuno, yang mampu memasuki gerbang neraka tanpa mengalami luka atau mati. Mereka menahan nafas selama mungkin. Selain boleh menyebabkan kematian, wap yang muncul dari gua ini boleh menyebabkan halusinasi dalam skala kecil.

"Ini adalah penemuan yang luar biasa kerana menegaskan dan menjelaskan maklumat yang kita dapatkan dari sumber sastera sejarah kuno," jelas Alister Filippini, penyelidik sejarah Romawi di Universities of Palermo, Itali.

Bagaimana, anda berani untuk melawat gerbang neraka di Turki ini?

[Sumber]

Monday, 6 May 2013

Kisah Seram Roh Mangsa Kemalangan Datang Ke Parti Karaoke

Satu lagi video yang menjadi perbincangan hangat dalam rancangan televisyen popular Thailand mengenai video parti karaoke. Tiada apa yang pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di Thailand, tetapi apa yang mengejutkan ialah terdapat hantu dalam video tersebut.


Sepanjang parti berlangsung, kamera bergerak secara rambang untuk menangkap gambar kesemua tetamu. Pada masa itu seorang tetamu lelaki duduk di hadapan pintu dan tanpa disedari di sebelahnya terdapat seorang lagi lelaki yang sedang duduk.

Pengacara rancangan televisyen ini turut menceritakan tentang kejadian kemalangan ngeri yang menimpa salah seorang tetamu ketika dalam perjalanan ke parti tersebut sehingga menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, roh lelaki tersebut tetap mahu menyertai rakan-rakannya. Tiada siapa yang menyedari kehadiran lelaki tersebut sehinggalah video ini diulang tayang.

Rancangan ini juga turut memaparkan gambar kemalangan pemuda yang berlanggar dengan lori pickup ketika menunggang motosikal ke parti tersebut. Kecederaannya amat serius sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.


(Sumber video - YouTube)

Jika kemalangan ini serta parti tersebut mempunyai kaitan, mungkin lelaki ini tidak sedar bahawa dia telah mati dan tetap menghadirkan diri seperti apa yang dirancang.

[Sumber]

Saturday, 4 May 2013

Misteri Ayunan Berayun Sendiri Selama 10 Hari

Menyeramkan... masyarakat di daerah Firmat, Argentina telah gempar dengan satu insiden aneh yang berlaku di sebuah taman permainan kanak-kanak.


Insiden tersebut melibatkan salah satu buaian yang terdapat di taman itu telah berayun sendiri tanpa henti selama 10 hari berturut-turut.

Hanya selepas 10 hari berayun dengan sendirinya, barulah buaian tersebut berhenti secara drastik tanpa sebarang gangguan luar. Situasi tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan suasana seram di kalangan penduduk di sekitar kawasan itu.

Mengikut kenyataan penduduk di situ, kejadian ini terjadi berikutan gangguan roh seorang kanak-kanak yang telah meninggal dunia sewaktu sedang bermain buaian di taman permainan tersebut.

Kejadian yang menyeramkan ini bukan cerita dongeng atau khayalan. Beratus-ratus orang termasuk wartawan The Sun telah datang dan melihat sendiri sebuah insiden dan fenomena yang menyeramkan ini.



[Sumber]

Thursday, 2 May 2013

Misteri Burung Cenderawasih Dari Kayangan

Rupa fizikal burung itu begitu menakjubkan. Ia memiliki bulu pelepah berwarna keperangan pada badannya. Ekornya pula ditumbuhi bulu-bulu lembut yang berjurai.


Tidak hairanlah jika sesetengah pihak percaya setiap inci tubuh burung itu memberi tuah kerana rupanya yang unik, apatah lagi ia begitu sukar ditemui.

Menurut catatan, burung yang berasal daripada keluarga Paradisaeidae itu hanya boleh didapati di kawasan Irian Jaya atau dikenali sebagai Papua, Indonesia.

Justeru kesukaran untuk bertemu haiwan itu di tempat biasa menguatkan lagi kepercayaan bahawa ia merupakan sejenis haiwan magis yang hidup di kayangan.

Selain cerita mitos yang disampaikan daripada mulut ke mulut, kisah misteri burung cenderawasih turut ditulis menerusi sebuah kitab kuno, Hikayat Tajul Muluk.

Sebahagian kandungan kitab itu menyatakan bahawa: "Burung cenderawasih asalnya dari kayangan. Amat jarang orang yang menemuinya kerana ia tiada di bumi. Kalau ia terbang rendah ke bumi, itu tandanya hayat burung itu akan berakhir kerana ia mati bila menjejakkan kaki ke tanah.

"Bangkai burung itu tidak reput kerana ia hanya makan embun syurga. Ia mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan. Selain itu, setiap inci tubuhnya termasuk perut dan bulu mempunyai keistimewaan. Ia ada khasiat dalam perubatan."

Pendapat lain oleh Sahibul Hikayat yang menceritakan mengenai burung cenderawasih menjelaskan bahawa apabila bulunya gugur di bumi, ia akan bertukar menjadi batu permata yang berharga.

Selain itu, jika seseorang memakai bulunya di kepala dan dibawa pergi ke mana-mana, dipercayai bulu tersebut akan memberi kuasa pengasih, penunduk dan pelaris kepada sekalian manusia.

Selain pengaruh mitos tersebut kuat di Indonesia terutamanya kepercayaan oleh kaum orang asli di kawasan asal burung itu, hal sama turut mempengaruhi segelintir rakyat Malaysia.

Banyak pihak yang cuba menyeludup burung itu sama ada yang masih hidup atau bangkainya demi mengaut keuntungan. Bangkai haiwan itu yang telah diawet dijual antara harga RM1,500 hingga RM10,000.

Turut dilaporkan bahawa ada pihak yang menjual sehelai bulu burung cenderawasih yang dibingkaikan pada harga RM800. Selain itu, sebotol minyak pengasih bulu burung itu dijual pada harga RM77 sebotol.

Haiwan itu mendapat permintaan yang tinggi di negara ini kerana dikatakan mampu menjadi pelaris dan membantu memberi kesihatan yang baik kepada pemiliknya.

Burung-burung cenderawasih yang masih elok itu sebenarnya telah diawet untuk dijadikan perhiasan kerana rupanya yang cantik dan sukar diperoleh. Sebenarnya bangkai haiwan itu tidak mampu kekal secara semula jadi.

Sesetengah pihak di Indonesia yakin haiwan itu mampu memberi aura kepada pemiliknya, bahkan boleh menaikkan nafsu pasangan yang meletakkan burung tersebut di bilik tidur.

Orang asli Papua selalu memburu haiwan yang dilindungi itu untuk dipersembahkan ketika melakukan upacara tradisional. Mereka memburunya untuk hal itu. Ada juga yang menjualnya kerana ramai yang mempercayai kuasa magis burung itu.

"Dahulu populasinya banyak di hutan Papua. Tetapi oleh kerana kerap diburu, jumlah burung itu berkurangan secara mendadak, bahkan begitu sukar ditemui lagi. Sesuatu harus dilakukan agar ia tidak terus pupus,".

[Sumber]