Tuesday 30 April 2013

Benarkah Ini Makhluk Asing?

Pengarah biologi di Stanford Universiti, California, Garry Nolan, melakukan ujian DNA bagi mengenal pasti rangka dipercayai makhluk asing bersaiz 15 sentimeter dijumpai di Chile.


Menurutnya, ujian awal mengesahkan, rangka berusia kira-kira enam ke lapan tahun itu bukan dari spesies monyet kerana ia mempunyai gigi dan sembilan tulang rusuk.


Rangka tersebut dijumpai Oscar Munoz pada 2003 di La Noria, sebuah bandar hantu di Gurun Atacama.

-MailOnline

Sunday 28 April 2013

Misteri Bermimpi Kematian Sendiri

Pada musim bunga 3 Mei 1812, seorang lelaki Inggeris bernama John Williams mengalami mimpi aneh sebanyak tiga kali berturut-turut. Dia bermimpi seorang lelaki bertubuh rendah memakai kot berwarna hijau gelap menembak mati Perdana Menteri England, Spencer Perceval pada bahagian dada di hadapan bilik kot kawasan lobi Parlimen.


Apabila Williams bangkit dari tidur dan menceritakan pengalaman mimpinya kepada rakan-rakan, dia ditertawakan dan mereka menganggap mimpinya itu mengarut dan sekadar mainan tidur. Walaupun menganggap mimpi itu sebagai amaran tetapi Williams tidak mengendahkannya lantaran dia sendiri tidak minat berpolitik.

Sungguhpun begitu, watak mangsa bunuh yang muncul dalam mimpi Williams iaitu Spencer Perceval turut mangalami mimpi yang sama pada malam 11 Mei 1812.

Semasa bersarapan pagi, Perceval menceritakan tentang mimpinya ditembak di dada oleh seorang lelaki gila berkot hijau gelap di lobi Parlimen kepada isterinya.

Isteri dan anak-anaknya bimbang lalu menasihati Perceval tidak meneruskan urusan rasminya di Parlimen pagi itu, namun Perceval berdegil.

Perdana Menteri itu cuma menganggap mimpinya itu sebagai mainan tidur dan dia tidak akan meninggalkan tanggungjawabnya sebagai orang penting negara gara-gara mimpi bodoh!!

Semasa Perceval berjalan menuju ke lobi Parlimen, seorang lelaki bertubuh kecil memakai kot berwarna hijau gelap mengacu pistol ke arah dada Perceval dan menembaknya. Hari itu terukir sejarah satu-satunya Perdana Menteri England mati dibunuh.

[Sumber]

Friday 26 April 2013

Misteri Rangka Gadis Berusia 600 Tahun

Ahli arkeologi Ireland Utara menemukan rangka seorang remaja perempuan yang mungkin menjadi mangsa pembunuhan misteri kira-kira 600 tahun lalu di sebuah tapak pembinaan jalan di Enniskillen, Fermanagh, baru-baru ini.


Selain rangka gadis itu, ahli arkeologi turut menemukan kira-kira 4,000 artifak dipercayai daripada zaman pertengahan di lokasi yang pernah menjadi sebuah kawasan penempatan purba tersebut.

Rangka remaja perempuan itu yang dipercayai meninggal dunia pada abad ke-15 atau ke-16, tidak dikebumikan di tanah perkuburan yang disediakan dan tidak dilakukan mengikut adat tradisi masyarakat pada zaman itu.

Ini membuatkan ahli arkeologi berpendapat berlakunya perbuatan khianat terhadap remaja itu.

Sementara itu, Pengarah Tapak Penggalian, Dr. Nora Bermingham berkata, penemuan tapak itu merupakan kemuncak kepada kariernya.

"Saya percaya, pekerja penggalian juga tahu mereka sedang melakukan perkara yang luar biasa yang mungkin tidak akan dijumpai lagi selepas ini,'' katanya hari ini.

Antara barang lain yang ditemukan adalah satu permainan papan zaman pertengahan, sebentuk cincin emas, mangkuk yang mempunyai ukiran, kasut kulit dan pakaian daripada pin logam yang dihias dengan baik.

Lebih 2,000 pengunjung telah melawat pusat penggalian itu dalam tempoh tiga hari ia dibuka kepada umum.

Kawasan bersejarah itu kini sedang dibangunkan untuk pembinaan jalan raya di Ireland Utara.

Bagi tempoh 10 bulan yang lalu, mesin jengkaut telah menemukan pelbagai jenis barangan di kawasan itu yang akan disimpan dan diharap, ia akan dipamerkan kepada orang ramai satu hari nanti.

Bagaimanapun, di sebalik penemuan itu, jentera berat dijangka akan kembali ke kawasan penemuan artifak esok bagi meletakkan konkrit di kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan raya baharu bersempena sidang kemuncak G8 di Fermanagh, Jun ini.

Sejak penemuan artifak dan mayat tersebut, pembinaan jalan raya baharu itu mendapat bantahan keras daripada penduduk.

Mereka menganggap penempatan yang digelar Drumclay Crannog kira-kira 1,400 tahun lalu bersama peninggalannya, merupakan satu sejarah yang perlu dikekalkan.

-AGENSI

Wednesday 24 April 2013

Misteri Permaisuri Agung Firaun Nefertiti

Nefertiti (kecantikan telah muncul) adalah Permaisuri Agung, isteri Firaun Amenhotep IV (kemudian bergelar Akhenaten) dan merupakan ibu mertua dan mungkin ibu tiri Firaun Tutankhamun.

Patung dada Nefertiti yang berada di Muzium Altes Berlin.

Baginda juga berkemungkinan memerintah kerajaan dalam waktu singkat dengan nama Neferneferuaten-Nefertiti (bermaksud, Aten memancarkan sinarnya kerana kecantikan telah muncul) setelah suami baginda mangkat dan sebelum bertakhtanya Tutankhamun.

Secara kasar, namanya diterjemahkan menjadi "wanita yang cantik (atau sempurna) telah datang, tiba atau muncul". Sebahagian namanya juga bermaksud manik-manik emas yang terjulur panjang, disebut nefer, yang sering dipakainya.

Baginda terkenal dengan patungnya, yang sekarang berada di Muzium Altes Berlin. Patung ini merupakan karya yang banyak ditiru. Dibuat oleh pengukir bernama Thutmose dan ditemui di peninggalan tempat dia bekerja. Patung ini menjadi contoh bahawa pada zaman Mesir kuno sudah ada pemahaman wajah realistik.

Hingga kini, tiada rekod sahih dijumpai boleh memberitahu siapakah ibu bapa Permaisauri Agung Mesir Purba ini. Para arkeologi mengusulkan bahawa Nefertiti mungkin seorang Puteri Mitanni.

Tarikh sebenar bila Nefertiti berkahwin dengan Amenhotep IV juga tidak dapat disahkan oleh para arkeologi mesir purba, tetapi perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata perempuan (Yang diketahui berdasarkan rekod mesir purba). Berikut adalah senarai nama anak beliau;
  1. Meritaten
  2. Meketaten
  3. Ankhsenpaaten, juga dikenali sebagai Anks-su-namun
  4. Neferneferuaten Tasherit
  5. Neferneferure
  6. Setepenre

Ankhsenpaten akan menjadi Permaisuri Agung Mesir Purba setelah beliau dikahwinkan dengan adik tirinya sendiri, Tutankhamun. Firaun yang terkenal dengan makam yang dipenuhi emas.

Pada tahun keempat (1346 Sebelum Masihi) pemerintahan Amenhotep IV, beliau telah memulakan revolusi agama di Mesir yang menaikkan kemarahan pendita-pendita di situ. Amenhotep memperkenalkan tuhan Aten, iaitu tuhan matahari. Dengan memperkenalkan tuhan matahari ini, Amenhotep membuang semua kepercayaan tentang tuhan lain dan menyuruh rakyatnya menyembah satu tuhan sahaja - Aten. Amenhotep juga mengubah namanya kepada Akhenaten untuk menunjukkan ketaatannya kepada tuhan Aten.

Pada tahun ketujuh pemerintahan beliau, Akhenaten memindahkan pusat pemerintahan mesir dari Thebes ke Amarna, bandar baru Amarna di bina untuk mentaati tuhan baru mereka.

Perkembangan agama baru ini boleh dikatakan hasil usaha Nefertiti, bukan Akhenaten seorang. Ini membuktikan kuasa beliau yang gah dalam dunia politik Mesir Purba.

Semasa pemerintahan Akhenaten, Nefertiti dipercayai memegang kuasa yang lebih besar daripada kuasa seorang permaisuri. Kemungkinan besar, kedudukan beliau telah di naik taraf sehingga sama trafnya dengan pemerintah. Pemerintahan mesir purba pada zaman Firaun Akhenaten mungkin adalah pemerintahan bersama antara Akhenaten dan Nefertiti.

Ukiran gambaran beliau di dinding kuil kebanyakannya bersaiz sama dengan Akhenaten. Ini membuktikan kepentingan beliau dalam politik Mesir. Persamaan saiz itu menunjukkan bahawa beliau dan Akhenaten mempunyai kepentingan yang sama dalam Politik Mesir Purba.

Pada tahun keempatbelas pemerintahan Akhenaten, rekod tentang Nefertiti lenyap begitu sahaja. Ada ahli arkeologi yang membuat teori bahawa Nefertiti mati disebabkan wabak penyakit yang melanda kawasan itu pada ketika itu. Ada juga teori yang mengatakan Nefertiti tidak lagi disukai oleh suaminya. Kerana rekod sejarah selepas itu menunjukkan bahawa Akhenaten banyak merujuk kepada isteri kedua beliau - Kia, yang juga ibu kepada Tutankhamun.

Teori yang paling menarik sekali adalah Nefertiti telah dibunuh oleh Pendita Mesir Purba kerana memulakan Revolusi Agama di Amarna. Kepercayaan primitif tentang kematian pada zaman Mesir Purba adalah, apabila seseorang itu mati, nama beliau perlulah disebut supaya beliau boleh memulakan perjalanan pada dalam kehidupan selepas mati. Rekod tentang Nefertiti dihapuskan supaya tiada sesiapa yang akan menyebut namanya. Pendita itu mahu Nefertiti tersiksa pada kehidupan selepas mati.

Tetapi kesemua teori yang telah disebutkan tidak pernah disertakan dengan bukti yang kukuh. Oleh itu, kehilangan Nefertiti dalam rekod Mesir Purba masih lagi menjadi misteri.

Selepas kematian Nefertiti, muncul seorang Firaun yang seakan-akan wanita memerintah Mesir selama dua tahun sebelum anak tiri Nefertiti, Tutankhamun mengambil alih takhta. Nama beliau adalah Ankhkheperure Neferneferuaten dan kemudian beliau mengubah nama kepada Ankhkheperure Smenkhkare. Firaun ini dipercayai adalah Nefertiti sendiri. Tetapi kepastian tentang fakta ini tidak lagi dibuktikan.

Permaisuri Tutankhamun adalah anak Nefertiti sendiri, Ankh-su-namun. Semasa Tutankhamun dan Ankh-su-namun menaiki takhta, mereka masih lagi dalam umur kanak-kanak.

Nefertiti dipercayai memerintah Mesir di belakang pemerintahan pasangan muda ini. Nefertiti dipercayai mati pada tahun ketiga pemerintahan Tutankhamun. Berikutan kematian ini, Tutankhamun mengubah semula pusat pemerintahan Mesir ke kota Thebes.

[Sumber]

Monday 22 April 2013

Misteri Lagu “Gloomy Sunday” Yang Belum Terungkai

Misteri lagu berjudul “Gloomy Sunday” yang dicipta oleh seorang penggubah lagu bernama Reszo Seress yang berketurunan Hungary masih belum terungkai lagi sehingga ke hari ini. Semuanya bermula pada tahun 1932 di mana Resza Seress berimpian menjadi terkenal dalam dunia muzik di Paris tidak kesampaian kerana semua lagu ciptaannya tidak mendapat perhatian dari penerbit muzik di negara itu.


Reszo Seress tidak berputus asa demi mencapai impiannya namun masalah mula timbul apabila tunangnya meminta agar Reszo Seress mencari kerja tetap yang menjamin masa depan.

Pada hari ahad yang bersejarah pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya telah berlaku berhubung kerjayanya mengundang perpisahan di antara mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain. Selepas pertengkaran tersebut Seress duduk di hadapan piano di rumahnya sambil merenung langit menerusi tingkap.

Cuaca yang mendung ketika itu mula bertukar suasana apabila hujan mulai turun. “Ahad yang suram,” Seress berkata sendiri sambil memetik piano dan jarinya mula memainkan melodi seolah-olah mencerminkan kekecewaan yang dirasakan sewaktu berpisah dengan tunangnya.

“Ya! Ahad yang suram (Gloomy Sunday)! Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku,” kata Suress sendirian dengan gembira. Dia mencapai pensel lalu menulis nota muzik dan selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit.

Kemudiannya Seress telah menghantar lagu barunya itu kepada seorang penerbit muzik dan berharap lagu kali ini akan diterima. Beberapa hari kemudian, lagu itu dikembalikan dengan nota penolakan yang mengatakan melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan mereka tidak dapat menerimanya.

Seterusnya lagu itu dihantar kepada penerbit lain dan kali ini ia diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress. Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday disiarkan berlaku kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan. Di bawah ini terdapat beberapa insiden yang berkaitan Gloomy Sunday.

Insiden Pertama

Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan kemudian dia kembali ke rumah lalu menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang sentiasa bermain di dalam fikirannya.

Insiden Kedua

Seminggu kemudian di bandar sama seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.

Insiden Ketiga

Seorang setiausaha muda di New York telah membunuh diri. Pada nota yang ditemui dia meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.

Insiden Keempat

Beberapa minggu kemudian seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan lagu Gloomy Sunday dengan piano. Tidak lama kemudian seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan.

Insiden Kelima

Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti di rumahnya sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya. Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan. Mereka akhirnya memecah masuk ke dalam rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Insiden Keenam

Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress. Dia kemudiannya telah menulis surat kepada bekas tunangnya agar mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu tunangnya membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya salinan lagu Gloomy Sunday ditemui.

Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler lagu berkenaan telah dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui sumpahannya. Namun insiden tidak berhenti di situ sahaja apabila beberapa tahun kemudian ianya berlaku sekali lagi.

Insiden Ketujuh

Januari 1968, selepas 35 tahun berlalu kini giliran Reszo Seress menjadi mangsa. Dia gagal membunuh diri dengun terjun dari bangunan. Tidak lama kemudian dia ditemui mati gantung diri dengan menggunakan wayar di hospital.

Insiden Kelapan

Tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday pada tahun 1982 juga mati membunuh diri di rumah ayahnya.

Lagu Gloomy Sunday ini juga dijadikan soundtrack dari sebuah filem yang cukup popular ketika itu. Filem itu mempunyai tajuk yang sama dengan lagu tersebut. Filem Gloomy Sunday mengisahkan sebuah hubungan segitiga seorang wanita pemilik restoran di Hungaria. Selain itu ada pihak mendakwa apabila lagu Gloomy Sunday ini dimainkan secara instrumen saja pendengarnya akan tertidur dan mengalami mimpi buruk. Di negara asal Reszo Seress iaitu Hungaria telah melarang keras lagu Gloomy Sunday disiarkan kerana telah meyebabkan peningkatan kes bunuh diri di negara tersebut. Kini lagu Gloomy Sunday mempunyai pelbagai versi dan penyanyi yang mendendangkan lagu itu namun tiada siapa mahu mendengar lagu asal Gloomy Sunday ini kerana takut akan sumpahannya.

Lirik lagu Gloomy Sunday
Sunday is gloomy
My hours are slumberless
Dearest the shadows
I live with are numberless
Little white flowers
Will never awaken you
Not where the black coaches
Sorrow has taken you
Angels have no thoughts
Of ever returning you
Wouldn’t they be angry
If I thought of joining you?
Gloomy sunday
Gloomy is sunday
With shadows I spend it all
My heart and I have decided
To end it all
Soon there’ll be candles and prayers
That are said I know
But let them not weep
Let them know
That I’m glad to go
Death is no dream
For in death I’m caressi’n you
With the last breath of my soul
I’ll be blessin’ you
Gloomy sunday
Dreaming
I was only dreaming
I wake and I find you asleep
In the deep of my heart here
Darling I hope
That my dream never haunted you
My heart is tellin’ you
How much I wanted you
Gloomy sunday

P/s: Berani tak nak dengar? Dengar je, mungkin hanya kebetulan yang berlaku disebabkan lagu tu, jangan percaya sangat, orang putih ni memang taksub sikit dengan benda-benda macam ni, Wallahua’lam.

[Sumber]

Saturday 20 April 2013

Misteri Hantu Jepun Muncul Di Restoran

Sekumpulan anak muda di Jepun sedang mengadakan sebuah majlis di sebuah restoran. Majlis yang berlangsung meriah itu tiba-tiba berubah menjadi menyeramkan kerana lima orang pemuda tersebut telah menyaksikan pemandangan yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.


Semasa diwawancara, orang yang mengambil gambar tersebut mengatakan, "Pada awalnya kami semua menikmati hidangan, hingga apabila salah seorang kawan kami menunjukkan seorang wanita yang sedang duduk seorang diri, beberapa kawan mengatakan itu pelik, tapi saya hanya berfikir dia adalah seorang wanita yang mempunyai solekan yang aneh dan sedang menunggu kawannya".

Video ini sempat menjadi headline di Jepun. Namun, beberapa pihak menafikan penampakan ini yang mereka rasakan terlalu nyata dan jelas. Jarang sekali ada hantu yang muncul dengan sedemikian rupa.

Jom tonton video tersebut. Perhatikan pada minit 1:41 dan 3:41.


[Sumber]

Thursday 18 April 2013

Gambar Misteri Lukisan 11 September

Sebut sahaja tragedi 11 september, semua orang akan membayangkan saat WTC di Amerika Syarikat dirempuh oleh kapal terbang.


Tarikh keramat 11 september ini jugalah yang sentiasa akan dikenang warga Amerika di sana. Sejak dari peristiwa tersebut, semuanya saling menuding jari bagi melihat siapakah yang bertanggungjawab serangan ini.

Akhirnya Islam juga dituduh sebagai pengganas dan ini menyebabkan kemarahan umat Islam di dunia. Pada masa yang sama, satu lukisan berusia puluhan tahun yang seolah meramalkan kejadian itu akan berlaku telah di jumpai.


Lukisan kapur yang menggambarkan seorang budak perempuan yang sedih sambil di sisinya di lukis gambar 2 menara,kapal terbang dan api yg marak, di percayai juga lukisan ni telah di hasilkan 10 tahun sebelum kejadian itu berlaku.

Siapakah pelukisnya?

Beliau ialah Willie Gardner,bagaimanapun telah meninggal dunia dan tak dapat di pastikan kesahihannya. Lukisan tersebut telah bertahun-tahun lamanya di gantung di unit pendidikan di Stirlingshire.

[Sumber]

Tuesday 16 April 2013

Batu Misteri Menangis Seperti Bayi

Mengejutkan dijumpai batu yang menyerupai bayi menangis. Kisahnya di mana sebiji bongkah batu di dalam sebuah kolam yang telah kering di Kampung Pananjung di Jawa Barat didapati menyerupai wajah seorang bayi. Malah, batu itu dilihat boleh berubah-ubah dalam lingkungan jarak dua meter.


Batu menyerupai wajah bayi itu mampu menunjukkan sama ada ekspresi sedih atau ceria dan penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga dikatakan keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Pengunjung melihat bongkah batu yang menyerupai wajah bayi di Garut, Jawa Barat, tahun lalu.

''Beberapa kali saya mengambil gambarnya, batu itu berubah-ubah sama ada menunjukkan wajah bayi yang sedang kesedihan atau ceria,'' katanya kepada detikNews.

Menurut penduduk setempat, Ny. Atin, 36, terdapat beberapa lagi bongkah batu di dalam kolam yang telah kering itu.

''Rumah saya hanya 50 meter dari kolam itu. Jadi, saya dapat melihat dengan jelas batu itu menyerupai wajah seorang bayi,'' katanya.


Penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Menurut saksi Jumhur yang juga penduduk di situ,Suara tangisan biasanya kedengaran pada malam jumaat sahaja.

[Sumber]

Sunday 14 April 2013

Misteri Makhluk Aneh Di Thailand

Warga Thailand heboh setelah menjumpai makhluk jadi-jadian di pedalaman hutan, walaupun sudah mati namun warga sekitar masih merasa sukar untuk menjelaskan apa sebenarnya makhluk ini.

Makhluk aneh yang ditemui.

Lokasi tempat makhluk aneh ini dijumpai.

Sekarang makhluk itu menjadi tontonan warga tempatan dan disembah pula oleh orang yang datang melihat dan melawat makhluk aneh ini.


[Sumber]

Friday 12 April 2013

Potret Monalisa Yang Terus Menjadi Misteri

Siapa yang tidak kenal dengan potret/lukisan Monalisa. Lukisan yang sangat terkenal. Nak dijadikan cerita, potret Monalisa ini merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini.


Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu. Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.

Pelukis itu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian.

Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.

Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

Misteri Potret Monalisa
  • Identiti Monalisa itu sendiri.
  • Riak wajah Monalisa.
  • Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
  • Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
  • Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

Teori Mengenai Monalisa
  • Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
  • Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
  • Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
  • Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!

Dr. Lillian Schwartz of Bell Labs suggests that Leonardo painted himself, and was able to support her theory by analyzing the facial features of Leonardo's face and that of the famous painting, She digitized both the self-portrait of the artist and the Mona Lisa. She flipped the self portrait and merged the two images together using a computer. She noticed the features of the face aligned perfectly! [Source]

Fakta Potret Monalisa
  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.
  • Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
  • Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 TAHUN SELEPAS KEMATIAN LEONARDO. Selain Monalisa, potret ni dikenali sebagai La Gioconda.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Ini disokong oleh nilai norma/etika masa tu, iaitu Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

[Sumber]

Wednesday 10 April 2013

Gambar Misteri Bitterroot Footage Jadi Viral Di Internet

Misteri Bitterroot Footage ini menjadi viral di internet hujung tahun lalu. Bagi yang belum pernah baca pasal ni, ni saya nak share gambar dan sedikit info.


Seorang budak University of New York telah membeli sebuah kotak kayu yang berkunci. Dia bawa balik dan buka secara manual guna screw driver. Apa yang dia jumpa dalam box tu amat mengejutkan. Terdapat gambar yang agak menggangu dengan tertera perkataan "bitterroot" di belakangnya.


Apa sebenarnya gambar ini? Entahlah..

[Sumber]

Monday 8 April 2013

Benarkah Perang Nuklear Pernah Berlaku Pada Zaman Purba?

Mohenjo-Daro atau bermaksud Mound of the Dead adalah sebuah tapak arkeologi di Sindh, Pakistan. Ia dibina sekitar 2600 BC dan ditemui pada tahun 1922.


Semasa mengkaji bandar ini, para arkeologi menjumpai 44 mayat dalam keadaan terlentang dan memegang tangan seperti ketakutan dan mengalami kematian yang cepat dan mengerikan.


Di sesetengah bahagian pada tapak arkeologi pula, mereka mendapati tahap radiasi yg tinggi seperti berlakunya letupan nuklear. Adakah telah berlaku perang nuklear pada waktu itu? Ia masih satu misteri.

[Sumber]

Friday 5 April 2013

Misteri 'The Devil’s Footprints' Kisah Jejak Kaki Syaitan

The Devil’s Footprints adalah nama yang diberikan untuk sebuah fenomena yang aneh terjadi di Devon, Inggeris pada tanggal 8 Februari 1855.


Setelah salji yang turun di malam hari, keesokannya muncul jejak-jejak di salji berukuran 4 cm dan lebar 6.35 cm.

Jejak-jejak itu bertebaran di seluruh kampung. Bukan hanya di atap-atap malah di dinding-dinding bangunan yang tinggi.


Penduduk kampung menjadi takut dan bingung tentang fenomena itu. Oleh kerana itu, orang ramai pun mula beranggapan bahawa jejak misteri itu adalah daripada syaitan yang berkeliaran di kampung mereka.

Itulah sebabnya muncul istilah Devil’s Footprint.