Thursday, 28 February 2013

Misteri Cahaya Dalam Terowong Di Jerman

Kisah atau cerita tentang UFO selama ni memang banyak dan ianya menimbulkan pelbagai tanggapan hinggakan ada di kalangan kita sendiri yang taksub dengan benda-benda misteri ni.


Namun rakaman terbaru ini sudah pasti menggemparkan banyak pihak kerana objek misteri bercahaya di rakam dengan jelas melalui sebuah terowong di Jerman.

Dalam masa yang sama satu cahaya yang lebih besar di kesan dan di rakam seolah-olah menghentam sebuah lori sehingga melambung ke udara.


Apakah punca cahaya tersebut? Adakah ianya UFO yang sering di sebut-sebut selama ini? Misteri berkaitan cahaya ini semakin menarik dan terus menimbulkan teka teki dikalangan orang ramai.

[Sumber]

Saturday, 23 February 2013

Al-Hin Bangsa Jin Yang Wujud Sebelum Nabi Adam

Adakah anda tahu berkenaan bangsa Al-Hin yang dikatakan wujud jutaan tahun sebelum kewujudan manusia? Jom baca kisah seorang pengamal perubatan Islam yang merawat seorang pesakit yang telah dirasuk oleh satu makhluk yang dinamakan Al-Hin yang wujud sebelum Nabi Adam A.S.

Gambar hiasan

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat. Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuhlah penyakitnya.

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan.

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal je..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak.

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak.

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba.

Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ke?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la. Setakat minyak wangi, apalah sangat.

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya.

Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang berlagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanyalah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ke?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.

Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme.

Saya: Agama apa tu?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ke?

*Terkena jugak RIDAM.

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni! Kang..

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang je..

Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari..

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya.

Saya: Poppy? Makhluk apa tu?

Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.

Saya: Ceritakan...aku nak tahu.

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi. Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.

Kemudian dia menangis teresak-esak.

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari. Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut.

Saya: Kalau begitu, betulkah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk.

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk. Kami hidup berpuak-puak. Aku dari puak Poppy. Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa.

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu.

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah.

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku, macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu. Bukan semua tau aku suka manusia. Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.

Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan?

Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.

Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia.

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut.

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan?

Saya: Memanglah.. tapi agama akhir zamankan Islam. Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni? Agama yang disuruh dan dijamin Allah.

Pesakit: Aku tahu, tapi aku bukan dari Jin dan Manusia. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran.

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang. Aku tidak pernah menduakan Allah.

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya.

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapa budak ni. Kamu tak rasa kesian ke?

Pesakit: Kesian juga. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi.

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai?

Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat.

Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni. Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku, boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama). Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu. Kenapa?

Pesakit: Ada tak bapa budak ni cerita perangai pelik anaknya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ke?

Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah...kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu. Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam. Puak kami mana pakai Kalendar masihi.

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.

Pesakit: Sabarlah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku. Dah lama sangat aku hidup. Sunyi betul hidup aku. Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat.

Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit je..baru 4 juta 130 ribu tahun.

Saya: Mak aiiii...lamanya kau hidup.

Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak. Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni. Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu. Rasa nak tengok je diri kamu tu.

Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur. Minta pada Allah nak tengok aku. Bukan aku yang izin..Allah yang izin. Sekarang, boleh aku keluar?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain.

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah. Pesakit pulang selepas itu.

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan.

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya.

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap. Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi.


Kenyataan Ustaz Azhar Idrus berkaitan makhluk Al Hin yang dikatakan wujud sebelum Nabi Adam A.S.

Sekian..

[Sumber]

Thursday, 21 February 2013

Kenapa Dan Bagaimana Air Laut Menjadi Masin?

Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.


Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adalah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

[Sumber]

Wednesday, 20 February 2013

Makhluk Misteri Yang Menghisap Darah Kambing

Pernah dengar cerita misteri pasal Chupacabra? Chupacabra adalah makhluk misteri yang bermaksud "the goat-sucker" dalam Bahasa Sepanyol atau pun dengan lebih ringkas lagi, "si penghisap darah kambing". Binatang misteri ini yang pertama kali dilihat muncul di Puerto Rico dan merebak ke tempat lain di Amerika dan negara-negara Latin dikatakan makhluk jadian yang akan menghisap darah binatang-binatang ternakan, terutamanya kambing.


Chupacabra dikatakan akan menyerang binatang ternakan dan menghisap darah dengan hanya menggunakan dua gigi taringnya yang sangat kuat. Semua darah binatang tersebut akan disedut sehingga tiada langsung darah yang akan tinggal dalam badan binatang tersebut.

Melalui pertembungan dengan manusia, saksi memberitahu mereka melihat Chupacabra adalah seekor binatang besar seperti beruang, dengan badan berbulu dan juga bertaring yang menakutkan. Mata nya yang merah menyala akan jelas kelihatan pada waktu malam. Tambah mengerikan dengan bunyi mendengus yang dihasilkan adalah seperti binatang buas.

Pendek kata, Chupacabra adalah binatang mitos yang sangat dahsyat!

Namun, pada akhir Oktober 2010, seorang saintis daripada University of Michigan, Barry O'Connor telah membuat satu penemuan baru.

Dalam penemuan nya, Chupacabra bukanlah seekor binatang misteri pun. Binatang yang disangka oleh orang ramai sebagai Chupacabra yang aneh adalah koyote (anjing liar) yang dijangkiti parasit kurap bernama Sarcoptes scabiei.

Simptom yang jelas kelihatan bagi koyote yang dijangkiti ini adalah, binatang tersebut akan kehilangan bulu yang kritikal, menipiskan kulit koyote tersebut dan juga menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Kenapa koyote berkurap tersebut menyerang binatang ternakan?

Ini adalah disebabkan oleh koyote tersebut kurang bertenaga dan lemah disebabkan oleh parasit kurap tersebut. Jadi, mangsa yang paling senang untuk diserang sebagai makanan adalah binatang ternakan, berbanding rusa liar yang perlu diburu.

Kita tengok rupa Chupacabra yang sebenarnya adalah koyote berkurap yang kronik!


Inilah rupa sebenar chupacabra makhluk aneh penghisap darah kambing

[Sumber]

Tuesday, 19 February 2013

Ketua Pope Vatican City Yang Seterusnya Adalah Yang Terakhir?

Sama ada anda sedar atau pun tidak, Ketua Agama Kristian, Pope Benedict XVI telah meletakkan jawatannya pada 11.2.2013 yang baru lepas. Perletakan jawatan itu dikatakan oleh sebab faktor usia dan keadaan kesihatan yang semakin merosot. Pada malam beliau meletak jawatan, Vatican City juga telah dipanah kilat.

Lihat video.



Namun yang lebih memeranjatkan, beliau adalah Pope yang ke-111, dan seperti yang dinyatakan tadi meletak jawatan pada 11.2. Apa kaitannya?

111? 11.2?

Semua ini berpunca daripada "Senarai Ramalan Pope" oleh Saint Malachy (1094 - 1148) yang meramalkan bahawa Gereja Roman Katolik hanya akan mempunyai 112 orang Pope dengan Pope yang ke-112 adalah Pope yang terakhir, iaitu lebih dikenali sebagai Pope Peter Romanus (Peter of Roman).

Peter Romanus ini juga dikenali dengan pelbagai gelaran seperti "The Last Pope","The Black Pope" dan berkemungkinan juga "Anti-Christ" (Dajjal). [Rujukan]

Menariknya, nama Pope Benedict memang terletak pada nama Pope yang ke-111 dalam senarai ramalan tersebut! [Rujukan]

Lagi menarik, dua orang Cardinal yang dijangka akan menggantikan tempat Pope Benedict XVI juga mempunyai nama awal Peter, iaitu Tarcieso PIETRO Evasio Bertone (Itali) dan PETER Turkson (Ghana). Sebenarnya, ada ramai lagi calon-calon Pope, tapi difokuskan kepada dua orang ini sebab nama kedua-duanya bermula dengan Peter.

Lihat gambar dua orang Cardinal yang bakal gantikan Pope Benedict XVI

Peter Turkson (GHANA)

Tarcieso PIETRO Evasio Bertone (ITALI)

Yang lebih dijangkakan sebagai Peter Romanus adalah Cardinal yang kat atas ni. Boleh tengok video kat bawah untuk bukti.



Ada juga yang mengaitkan perkara ini dengan petanda apokalips atau pun dunia akhir zaman. Jadi, kita tunggu, siapa yang akan menggantikan Pope Benedict XVI. Lihat video di bawah untuk kefahaman anda tentang isu ini lagi.



[Sumber]

Tuesday, 5 February 2013

Gadis Misteri Yang Hidup Bersama Serigala

Pada tahun 1845, seorang perempuan muda misteri kelihatan berjalan merangkak di sarang serigala yang menyerang kawanan kambing berhampiran San Felipe, Mexico.


Cerita ini dikukuhkan setahun kemudian ketika perempuan muda itu kelihatan lagi, kali ini dia sedang melahap seekor kambing yang baru dibunuh.

Menurut cerita yang beredar, penduduk setempat khuatir dan mencari perempuan itu keesokan harinya dan akhirnya berjaya menangkapnya.

Dia melolong tak henti-henti sepanjang malam, menyebabkan sekumpulan serigala datang ke kampung untuk menyelamatkan perempuan muda itu.

Namun, akhirnya dia berjaya menyelinap keluar dari kandang dan melarikan diri.

Perempuan muda itu kelihatan lagi sehingga tahun 1852, kali terakhir dia dilihat ketika sedang menyusukan dua anak serigala di tepi sungai.

Merasa terganggu, dia mengambil dua anak serigala dan lari kembali ke hutan dan tidak pernah dilihat lagi.

[Sumber]

Monday, 4 February 2013

Ilmu Menghidupkan Ayam Yang Telah Mati

Mengembalikan nyawa pada hidupan yang telah mati adalah perkara di luar batas kemampuan manusia.


Tetapi, itulah yang berlaku di Kemboja di mana Tok Bomoh yang bertindak mematahkan kaki ayam dan menikam leher ayam sehingga mati telah berjaya mengembalikan nyawa ayam tersebut.

Tidak dapat dipastikan kesahihan berita ini. Namun, andai benar Pawang terbabit mampu menghidup dan mengembalikan nyawa hidupan yang telah mati, sah beliau ada sangkut paut dengan pemujaan syaitan.

[Sumber]

Saturday, 2 February 2013

Inilah Surat Cinta Tertua Didunia

Surat cinta tertua di dunia yang dijumpai di lembah Niffer, 150 batu dari Baghdad, Iraq, dikatakan ditulis pada sekitar tahun 2200SM.


Penemuan ini berdasarkan kajian arkeologi oleh Noah Kramer Profesor dari Philadelphia University pada tahun 1889. Pada mulanya ada kira-kira 70 ribu artifak yang berbahasa Sumeria yang tidak dapat diterjemahkan maksudnya. 58 tahun kemudian, dua orang ahli dalam bahasa Sumeria berjaya menterjemahkan maksud yang terkandung di artifak itu. Artifak tersebut kelihatan seperti kepingan batu yang terukir. Jika melihatnya, memang tidak dapat kita membacanya.

Surat dalam bentuk artifak itu ditulis oleh seorang pendita tinggi (High Priest) bangsa Sumeria bernama Inanna yang ditujukan kepada seorang Raja yang merupakan bakal suaminya. Sudah menjadi tradisi masyarakat Sumeria, si isteri akan menulis puisi cinta kepada suaminya di malam perkahwinannya.

Ini adalah terjemahan yang telah dilakukan oleh ahli bahasa Sumeria tersebut:
Bridegroom, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.
Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.
Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,
Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,
Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin-garment.

[Sumber]