Wednesday 4 December 2013

Misteri Jambatan, Lokasi 600 Ekor Anjing Bunuh Diri

Membunuh diri kebiasaannya dikaitkan dengan manusia. Tetapi ada satu kisah di mana terdapat sebuah jambatan di Scotland dipercayai tempat membunuh diri.


Bukanlah tempat untuk manusia, tetapi dikaitkan dengan anjing. Mengapa anjing bunuh diri? Itulah yang menjadi misteri.

Dikatakan, anjing akan membunuh diri dengan melompat hingga jatuh ke bawah dari jambatan tersebut. Ia memang benar-benar menimbulkan persoalan.

Bukan hanya manusia, rupa-rupanya anjing juga boleh bunuh diri. Walaupun kedengaran tahyul, tetapi inilah fakta yang terjadi, di mana anjing-anjing memilih untuk membunuh diri dengan melompat dari sebuah jambatan tertua di Scotland.

Jambatan yang bernama Overtoun Bridge ini terletak di Milton sebelah barat Dunbartonshire. Di sinilah tempat di mana sejumlah anjing melompat bunuh diri di lokasi yang sama.

Walaupun kedengaran agak mustahil bagi seekor anjing untuk merancang kematiannya sendiri. Namun kejadian yang misteri ini sudah berlangsung sejak tahun 1950-an, menurut Odditycentral.


Anjing yang bunuh diri di jambatan Overtoun ini hingga sekarang sudah sebanyak 600 anjing – dengan rata-rata satu anjing satu bulan.

Dan yang lebih misteri lagi adalah, banyak dari anjing yang melompat dari jambatan Overtoun melompat dari sudut yang sama dan dari tempat yang sama, iaitu diantara dua parapets akhir di sisi kanan jambatan.

Bukan hanya itu, yang lebih menghairankan, hampir semua insiden itu berlaku pada cuaca yang cerah, dan kebanyakan bunuh diri dilakukan oleh anjing jenis Collie – anjing berhidung panjang.

Menurut komuniti Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan di Scotland, situasi ini masih menjadi misteri. Ramai pemilik ingin tahu mengapa anjing kesayangan mereka melompat dari jambatan itu.

Namun, beberapa orang percaya bahawa jambatan Overtoun berhantu.

Pada tahun 1994, seorang lelaki melemparkan bayinya dari jambatan dan mendakwa bahawa dia adalah Anti-Christ.

Kemudian, lelaki tersebut cuba membunuh diri di tempat itu.

Teori lain juga datang dari kepercayaan Celtic yang menyatakan bahawa jambatan Overtoun adalah sempadan ghaib di mana alam nyata dan alam ghaib bertemu.

Beberapa orang percaya bahawa anjing lebih sensitif terhadap tenaga abnormal dan mungkin anjing-anjing itu dipanggil oleh roh orang-orang yang sudah meninggal.

Sumber: Amekaw


EmoticonEmoticon