Saturday 7 September 2013

Misteri Pokok Dipenuhi Batu Nisan

Ada sebuah pokok di London yang sangat terkenal kerana keunikannya. Pokok yang terletak berdekatan gereja St Pancras ini berdiri diatas ratusan batu nisan yang saling bertindih.


Kewujudan pokok yang sudah tua ini dengan beratus-ratus batu nisan dibawahnya mengundang seribu  pertanyaan di hati ramai orang. Bagaimana ceritanya sebenarnya?

Kisah di sebalik pohon tersebut bermula ketika revolusi industri di Britian apabila kawasan industri mula dibina secara besar-besaran di London.

Pembangunan juga termasuk membina pusat rel kereta api untuk memudahkan pengangkutan bahan-bahan mentah industri.

Trek rel kereta api yang akan dibina perlu melalui kawasan perkuburan yang berada dekat dengan gereja St Pancras.

Makam-makam yang ada perlu dipindahkan agar boleh digunakan sebagai trek rel kereta api. Maka, semua kubur yang ada kemudian diangkut dan dipindahkan dari makamnya, lalu dibakar dan ditempatkan dalam satu tempat di bawah pokok.

Sementara batu nisan ditanam begitu saja berhampiran pokok.

Dulu pokok tersebut masih kecil. Namun, seiring dengan peredaran masa pokok tersebut membesar dan batu-batu nisan yang ada disampingnya kemudian 'ditelan' dan bersatu dengan pohon tersebut.



EmoticonEmoticon