Saturday 10 August 2013

Misteri Penemuan Fosil Dinosaur Syaitan

Jika dilihat daripada saiz dan rangka, ia dipercayai hidup 76 juta tahun lalu dan mati pada usia muda.


Menurut laporan MailOnline, Nasutuceratops titusi atau dinosaur syaitan, ditemui tertanam di tengah kawasan padang pasir Utah, Amerika Syarikat (AS).

"Kami menggelarnya dinosaur syaitan kerana saiz tanduknya yang melengkung," kata wakil saintis dari Universiti Utah dan Denver, AS.

Dinosaur ini dipercayai mempunyai pertalian darah dengan Triceratops iaitu spesies reptilia bermuncung di pangkal kepalanya.

Ia berhabitat di wilayah Laramidia, iaitu sebuah kawasan Amerika Utara yang ditenggelami air laut lebih sejuta tahun lalu.

Spesies ini juga berkemungkinan hidup berkumpulan pada zaman T Rex dan pupus ketika bumi dihentam asteroid kira-kira 65 juta tahun lalu.


-MailOnline


EmoticonEmoticon