Thursday 10 January 2013

Misteri Hantu Menyerupai Wajah Suami Dalam Gereja

Seorang nenek terkejut apabila melihat gambar ketika majlis pembaptisan cucunya yang dihantar melalui Facebook kerana penampakan kelibat hantu seakan wajah mendiang suaminya.


Gambar misteri ini ditangkap oleh Jamie, 29, anak kepada Puan Sewell dengan menggunakan telefon bimbitnya di Gereja St Martin, Canterbury, Kent. Keanehan foto ini hanya disedari setelah dilihat oleh Puan Sewell yang perasan wajah yang amat dikenalinya berada di celah keluarga ini.

Puan Sewell yang bekerja sebagai pemandu teksi dan kini tinggal di Pertham, Kent, mengatakan dia sukar mempercayai apabila melihat kelibat hantu seakan mendiang suaminya. Terry Sewell, yang bekerja sebagai buruh meninggal dunia 17 tahun yang lalu selepas membunuh diri pada usia 41 tahun.


"Saya cuba meyakinkan diri bahawa dia bukan Terry tetapi ianya benar-benar seakan Terry. Terry mempunyai wajah yang panjang sama seperti hantu tersebut dan gaya rambut mereka adalah serupa. Ketinggiannya juga sama kira-kira 5 kaki 8 inci".

"Saya tahu gambar ini tiada muslihat dan ianya benar-benar menakutkan. Kali pertama saya melihat gambar ini di Facebook adalah ketika saya di Pub. Semua yang melihatnya terkejut kerana imej tersebut sungguh jelas."


EmoticonEmoticon