Thursday, 31 January 2013

Misteri Lendir Berwarna Oren Di Pantai Alaska

Misteri lendir berwarna oren yang terdampar di pantai Alaska awal bulan ini telah mencetuskan kebimbangan tentang pencemaran.


Ujian sampel yang dihantar oleh Jabatan Konservasi Alam Sekitar Alaska menghasilkan keputusan secara rasmi di sebuah makmal yang dimiliki oleh National Oceanic and Atmospheric Administration's Alaska Fisheries Service Center.

Jeep Rice, seorang saintis utama di makmal Juneau berkata beberapa jenis kerang dan siput kecil atau embrio disaluti titisan minyak lipid di tengah badanya menyebabkan ia berwarna oren. Ia adalah semulajadi dan bukan bahan pencemaran kimia ataupun bahan buatan manusia.

Bahan tersebut melekit, tetapi menjadi serbuk apabila kering, kata Julie Speegle,seorang jurucakap Perkhidmatan NOAA Perikanan di Alaska.

Untuk mendapatkan kepastian secara rasmi yang lebih tepat, Speegle berkata saintis di makmal Auke Bay telah menghantar sampel ke Pusat Kesihatan Pantai Alam Sekitar dan Penyelidikan Biomolekul NOAA di Charleston, South Carolina.

"Sebaik sahaja mereka menerima sampel, mereka akan melakukan analisis secara rasmi lebih mendalam," katanya.

Kivalina, sebuah kampung yang secara rasmi dihuni seramai 400 orang, terletak di hujung tanjung karang, Laut Chukchi.

-Reuters.

Tuesday, 29 January 2013

Lampu Misteri Yang Menyala Selama 1,500 Tahun

Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.


Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut apabila menemui sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.

Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini.

Akan tetapi, tidak ada bukti yang boleh membuktikan teori-teorinya itu. Manusia pintar dari manakah yang membuat lampu yang terus menyala selama 1,500 tahun?

[Sumber]

Thursday, 24 January 2013

Misteri Moguicheng Kota Iblis Di China

Di China, terdapat sebuah kota bernama Xinjian. Di kota ini, ada satu daerah terbengkalai yang digelar “Moguicheng” atau kota iblis (Devils’ Town). Disana ada beberapa istana kuno yang masih menjadi misteri.


Orang-orang tempatan menyebutnya Moguicheng yang bererti Kota Iblis. Moguicheng, yang merupakan padang pasir terletak di wilayah Xinjian. Daerah ini merupakan daerah yang terbengkalai dan tidak ada satupun orang yang tinggal disini.

Disebut kota iblis kerana kota ini menyimpan misteri. Jika kita berjalan pada hari yang cerah kearah istana-istana ditemani tiupan angin sepoi, maka kita akan mendengar alunan melodi yang menyerupai dentingan loceng ataupun petikan gitar yang dimainkan dengan lembut.


Namun ketika badai datang, pasir yang beterbangan membuatkan langit menjadi gelap seketika. Alunan melodi itu akan berubah menjadi suara auman harimau, tangisan bayi, suara haiwan yang sedang disembelih, jeritan wanita dan akhirnya semua akan berubah menjadi suara teriakan, tangisan dan kemarahan.

Sehingga saat ini, fenomena ini tetap jadi misteri. Tidak ada yang cuba untuk membongkar misteri apa sebenarnya yang menyebabkan terdengarnya suara sedemikian. Mitos yang mengatakan bahawa mereka adalah suara hantu.

[Sumber]

Wednesday, 23 January 2013

Gambar Ngeri Suku Pemakan Daging Manusia

Amaran! Jika anda tidak kuat semangat sila jangan baca atau melihat gambar-gambar yang sungguh mengerikan ini! Jika terjadi sesuatu keatas anda, kami tidak akan bertanggung jawab... Fikir dulu sebelum melihat gambar-gambar dibawah.

Tiada maklumat lanjut mengenai nama suku kaum ini, Namun menurut maklumat suku kaum ini mempunyai kegemaran memakan daging manusia dan meningalkan tulang-tulangnya untuk di simpan sebagai peringatan tentang berapa jumlah manusia yang telah mereka makan.

Jika dilihat dari gambar-gambar ini mangsa adalah manusia luar dari perkampungan mereka, Mungkin juga orang-orang yang tersesat ke tempat tersebut misalnya pemburu atau pendaki gunung, ataupun pelajar-pelajar universiti yang sedang membuat kajian di kawasan hutan ini.


[Sumber]

Tuesday, 22 January 2013

Misteri Lelaki Terapung Di Jerman Akhirnya Terbongkar

Johan Lorbeer adalah seorang seniman jalanan yang berasal dari Jerman dan sangat gemar melakukan aksi yang pelik dan membuatkan orang ramai terpukau dengan aksi yang di buatnya.


Aksi yang dilakukannya kali ini adalah terbang setinggi 3 meter di atas tanah hanya dengan meletakkan tangan kirinya di tembok. Aksi ini di lakukan dibandar dan orang ramai yang melihatnya akan tercengang seolah-olah tidak percaya.

Aksi yang dilakukannya kelihatan sangat sempurna tanpa tipu helah. Dia kelihatan benar-benar terbang sambil melakukan beberapa aksi spontan. Dalam gambar-gambar ini, anda akan melihat aksinya yang kelihatan sangat luar biasa.

Anda ingin tahu bagaimana cara melakukannya? Lihatlah gambar-gambar ini dengan teliti. Anda akan menemui jawapannya.


[Sumber]


Monday, 21 January 2013

Misteri Kemunculan Wajah Hantu Di Lantai Rumah

Apalah agaknya reaksi anda apabila rumah anda yang aman damai itu rupa-rupanya tempat berlakunya aktiviti paranormal atau lebih sesuai di sebut 'laluan makhluk ghaib'.

Apakah yang sebenarnya yang terjadi di Belmez?

Fenomena luar biasa ini terjadi di sebuah rumah di kawasan Desa Belmez berhampiran Cordoba, Sepanyol. Keluarga Maria Gomez Pereira tidak pernah menyangka bahawa di rumah mereka itu sering berlaku kemunculan wajah-wajah aneh yang entah dari mana datangnya.

Pada suatu hari, semasa Maria Gomez Pereira hendak menyediakan sarapan pagi, beliau terperanjat dan menjerit ketakutan apabila menjumpai wajah aneh mirip manusia dilantai dapur yang sedang merenungnya. Beberapa minit kemudian, wajah aneh yang merenungnya itu hilang. Maria mengganggap itu hanyalah khayalannya dan tidak menceritakan kepada ahli keluarganya yang lain.

Anggapan Maria ternyata salah apabila anaknya yang sedang duduk bersama neneknya di dapur pula tiba-tiba cemas. Wajah aneh yang suram tiba-tiba muncul dilantai marmar. Selepas kejadian itu, banyak wajah aneh muncul di atas lantai dan dinding dengan ekspresi wajah yang sedih dan memilukan. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan mereka sekeluarga ketakutan. Kejadian itu berlaku pada 23 Ogos 1971.

Suami Maria yang tidak mahu kejadian aneh yang berlaku dirumah mereka itu tersebar luas di pelusuk desa segera mencari jalan untuk menghilangkan gangguan tersebut. Tetapi, walaupun pelbagai cara telah dilakukan, wajah-wajah aneh masih lagi muncul dengan lebih kerap. Ekspresi wajah aneh itu menjadi semakin pilu dan matanya semakin luas dibuka

Apabila semakin kerap wajah aneh itu muncul, suami Maria mengambil keputusan untuk membuang seramik dilantai rumah mereka dan menggantikan dengan simen. Seminggu kemudian, wajah aneh itu kembali muncul di lantai simen. Kali ini wajah itu kelihatan lebih jelas daripada yang sebelumnya. Kemunculan tetamu yang tidak diundang itu dilaporkan kepada pejabat pemerintah setempat untuk melakukan penyelidikan.

Penyelidikan dijalankan selama seminggu dan lantai bangunan itu digali. Jauh dibawah tanah, mereka menemui sesuatu yang mengejutkan. Dicelah-celah himpitan batu dan simen, mereka menemui kerangka manusia yang dipercayai berasal dari abad pertengahan. Kerangka itu kemudian dievakuasi dan tapak bekas penggalian itu segera ditutup dengan lapisan simen.

Namun beberapa minggu kemudian, wajah yang lain pula muncul di tempat yang sama. Selepas itu muncul lagi beberapa lagi wajah aneh yang lain. Wajah-wajah itu seperti memberitahu Maria mereka merintih kesakitan dan mengharap pertolongan. Walaupun mereka telah melakukan pelbagai cara untuk mengusir wajah-wajah aneh itu, ianya tetap kembali dan kemunculan selepas itu menjadi semakin lebih kerap dan lebih menakutkan.

Berita tersebar luas dan rumah keluarga Maria Gomez Pereira di Belmez, telah di cop sebagai rumah berhantu. Setiap orang yang berada di sana pasti dapat melihat kemunculan wajah aneh itu. Fenomena aneh ini segera memancing sejumlah pakar mengenai paranormal. Mereka melakukan penyelidikan di keseluruhan rumah. Namun hingga kini belum ada teori dan jawapan yang cukup memuaskan.

Milik siapakah wajah-wajah itu?

Menurut cerita, tapak rumah yang didiami oleh Maria Gomez sekeluarga itu dahulunya dijadikan sebagai tempat hukuman mati ahli sihir. Mereka ini dibunuh, dibakar lalu di humban ke dalam lubang tapak rumah itu. Ada juga ahli sihir yang ditanam hidup-hidup. Ada suara-suara sumbang mengatakan, wajah-wajah yang muncul dirumah Maria Gomez itu menuntut menuntut pengampunan dan pengebumian yang sempurna.

[Sumber]

Sunday, 20 January 2013

Misteri Panahan Petir Yang Membunuh Tiga Generasi

Pada tahun 1899, panahan petir membunuh seorang lelaki yang berdiri di belakang rumahnya di tarato, itali. Tiga puluh tahun kemudian iaitu pada tahun 1929 anak lelaki si mati terkorban dengan cara yang sama, tidak berapa jauh dari tempat ayahnya terbunuh.


Pada 8 oktober 1949 pula, Rolla Primarda, generasi ketiga keluarga itu, anak mangsa kedua menemui ajal dengan cara yang sama. Masyarakat setempat menuduh lelaki itu terkena sumpahan lalu menghantui beberapa generasi berikutnya.

Saturday, 19 January 2013

Misteri Malang Manusia Yang Sentiasa Diburu Petir

Seorang pegawai tentera British, Mejar Summerlord yang sedang menunggang kuda semasa hujan renyai pada tahun 1918 dan merentasi sebuah padang di Flanders terdengar bunyi dentuman kuat. Dia tercampak beberapa meter dan kemudiannya mendapati kudanya terbunuh disambar petir.


Walau bagaimanapun, dia hanya lumpuh. Akibat daripada itu, dia ditamatkan perkhidmatan dan berpindah ke Vancourver, Kanada bagi memulakan hidup baru.

Lima tahun kemudian, Summerlord menghabiskan waktu petang dengan berehat dibawah sebatang pokok, sekali lagi petir hampir menyambarnya. Dia terselamat, cuma dahan pokok yang sekah.

Pada musim bunga tahun berikutnya, Summerlord bersiar-siar di sebuah taman. Cuaca yang redup mendorongnya berkerusi roda lebih jauh. Sebaik tiba di sebuah kawasan lapang, belum pun sempat menghilangkan penat, petir berdentum. Serangan kali ini menyebabkan Summerlord maut.

Keadaan tidak habis disitu apabila empat tahun kemudian semasa hujan lebat, kubur Summerlord yang terletak di tengah kawasan pusara ternama di Vancourver terkena petir. Hingga kini, tiada siapa yang dapat menjelaskan kenapa petir sentiasa mengejarnya kemana sahaja.

Friday, 18 January 2013

Kanak-kanak Misteri Banjos

Penduduk kampung di Banjos, Sepanyol gempar apabila mereka dikunjungi oleh dua orang kanak-kanak misteri pada Ogos,1887.


Kanak-kanak lelaki dan perempuan itu datang dari gunung berhampiran kampung mereka. Kulit dua orang kanak-kanak itu berwarna hijau dan bentuk mata mereka menyerupai penduduk dari asia. Apa yang pasti mereka bukan penduduk tempatan kerana tidak tahu berbahasa Spanish.

Kanak-kanak lelaki misteri itu mati kerana diserang penyakit manakala budak perempuan itu sempat belajar bahasa Spanish dan menceritakan pengalaman serta asal-usulnya. Budak itu menceritakan, mereka berasal dari sebuah tempat yang gelap dan tidak mempunyai cahaya. Angin yang kuat menerbangkan mereka dan mereka terjatuh di pergunungan Banjos.

Sampai ke hari ini, misteri mengenai kanak-kanak hijau banjos masih lagi belum dapat di selesaikan.

[Sumber]

Thursday, 17 January 2013

Misteri Hantu Paling Terkenal Di Jepun

Seorang gadis muda menyeramkan yang telah menghantui tandas sekolah di seluruh Jepun dalam beberapa dekad kebelakangan ini menjadi salah satu hantu yang paling terkenal di Jepun.


Ia bukan sesuatu yang misteri untuk sekolah mempunyai tandas yang telah diduduki oleh gadis misteri ini, yang dikenali di Jepun sebagai Hanako-san (Hanako tandas). Dia selalunya ditemui di dalam tandas di tingkat tiga - biasanya tandas perempuan. Datang dalam keadaan fizikal yang berbeza-beza, tetapi kebanyakkan melihat hantu ini muncul sebagai seorang gadis yang memakai skirt merah dan menpunyai potongan rambut yang pendek.

Tingkah laku Hanako-san juga berbeza-beza mengikut lokasi, tetapi dalam kebanyakan kes, dia tinggal di dalam tandas sehingga ada pelajar yang berani mencabarnya. Hanako-san biasanya akan mengetuk pintu (biasanya tiga kali), memanggil namanya dan bertanyakan soalan yang tertentu. Soalan yang paling biasa adalah hanya "Adakah anda di sana, Hanako-san?". Jika Hanako-san benar-benar wujud, katanya dengan suara yang lemah, "Ya, saya di sini.". Ada berita yang mendakwa, sesiapa yang berani membuka pintu ketika hanako-san didalamnya akan ditarik masuk ke dalam tandas.


Cerita mengenai hanako-san ini terdapat dalam banyak versi . Walaupun ia menjadi satu fenomena di jepun pada tahun 1980-an, terdapat spekulasi bahawa hano-san telah wujud sejak tahun 1950-an. Ada cerita-cerita yang mendakwa dia adalah hantu gadis era Perang Dunia ke-2 yang meninggal dunia dalam serbuan pengeboman di sekolah ketika dia bermain sorok-sorok. Cerita-cerita lain mendakwa mati ditangan orang tuanya yang gila dan mayatnya disorok didalam tandas bertahun-tahun. Dalam sesetengah kes, dia adalah hantu bekas pelajar yang meninggal dunia dalam kemalangan di sekolah (satu cerita dari Fukushima wilayah, sebagai contoh, mendakwa dia adalah hantu seorang gadis yang jatuh dari tingkap perpustakaan).


Tidak terkira banyaknya versi legenda Hanako-san telah muncul dari semasa ke semasa. Berikut adalah beberapa variasi yang lebih berwarna-warni:-

Menurut salah satu legenda wilayah Yamagata, sesuatu yang dahsyat akan terjadi kepada anda jika Hanako-san bercakap kepada anda dengan suara yang jahat. Satu lagi legenda dari Yamagata wilayah mendakwa bahawa Hanako-san sebenarnya 3-meter panjang, 3-kepala cicak yang menggunakan suara seorang gadis kecil untuk menarik mangsanya.

Di sebuah sekolah di bandar Kurosawajiri (wilayah Iwate), hanako-san dikatakan mempunyai tangan yang besar dan berpakaian putih muncul dari lubang di tandas yang ke tiga .

Dalam tandas lelaki di sebuah sekolah di Yokohama (Kanagawa wilayah), didakwa bahawa tangan berdarah muncul dari tandas yang ditinggalkan jika anda berjalan di sekitar tandas sambil memanggil nama hanako-san tiga kali.

Kisah juga telah diedarkan kira-kira apa yang dipanggil "Hanako kulat" yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang scrapes lutut mereka di taman permainan. Jangkitan dilaporkan menyebabkan cendawan kecil bercambah dari sakit kurap. Bagi sebahagian besar, Hanako-san tidak berbahaya dan boleh dielakkan hanya dengan menjauhi tempat persembunyian beliau yang ditetapkan. Tetapi jika anda perlu untuk menyingkirkan tentang dia, cuba menunjukkan peperiksaan satu bergred beliau dengan skor sempurna. Beberapa legenda mendakwa bahawa melihat gred yang baik membuat dia hilang ke udara nipis.

[Sumber]

Wednesday, 16 January 2013

Bagaimana Semut Tahu Bahawa Ajalnya Akan Tiba?

Ketika seekor hampir mati, semut-semut yang lain akan segera mengetahuinya. Namun, bagaimana semut boleh mengetahui bahawa rakannya akan mati?


Adalah suatu teori ilmiah yang menjelaskan hal ini. Semut mati melepaskan zat kimia yang dihasilkan oleh dekomposisi seperti asam lemak yang memberi tanda kematian pada koloni semut lain.

Namun teori ini kemudiannya dibantah oleh hasil penyelidikan terbaru oleh Dong Hwan Choe.

“Semut boleh mengetahui rakannya akan mati kerana adanya mekanisme berbeza yang tersembunyi disebalik necrophoresis yang menyingkirkan salah satu semut daripada koloni dalam sarang yang sama”, kata Choe yang dikutip dari Live Science, Khamis, 7 Mei 2009.

Kematian atau zat mati. Sementara semut hidup selain memiliki zat tersebut, juga memiliki zat kimia lain yang berhubungan dengan kehidupan atau disebut dengan ‘zat hidup’.

Ketika seekor semut mati, tingkat zat hidup mereka akan berkurangan malah akan menghilang sama sekali, sehingga yang tinggal hanyalah zat mati.

“Oleh kerana itu, semut yang mati tidak lagi mengeluarkan bau yang sama dengan semut yang hidup, bukan kerana mereka mengeluarkan zat baru setelah mereka mati".

Edited by [Sumber]

Misteri Mumia Tertua Dunia Sebelum Zaman Mesir

Masyarakat Chinchorro merupakan masyarakat purba di sepanjang pantai Chile dan Peru. Cuma, yang menjadi persolan saintis ialah bagaimana mereka boleh mengekalkan pakaian, rambut, kulit pada mayat yang berusia beribu-ribu tahun sebelum kewujudan mesir purba?

Kebanyakan mumia yang ditemui di kawasan gurun Atacama di Chile, apakah dengan cuaca melampau namun berhampiran atau ditanam di lumpur menyebabkan mumia tersebut boleh bertahan lama?

Masyarakat Chinchorro merupakan masyarakat nelayan purba di dua negara tersebut menjadi rujukan saintis yang masih belum menemui jawapan terhadap fizikal mumia yang masih terpelihara dengan baik.

5050 sebelum Masihi

Teknologi awetan yang berbeza dengan mesir purba

Potret keluarga

Masyarakat Chinchorro merupakan masyarakat nelayan purba di dua negara tersebut menjadi rujukan saintis yang masih belum menemui jawapan terhadap fizikal mumia yang masih terpelihara dengan baik.

-National Geographic

Monday, 14 January 2013

Tahukah Anda Keluasan Alam Semesta Kita?

Pernahkah anda terfikir berapa luaskah alam semesta ini? Pernahkah anda terfikir kenapa Tuhan menciptakan begitu luasnya alam semesta ini, tetapi yang boleh kita nikmati hanya sekecil bumi? Adakah kita tidak pernah memikirkan bahawa alam semesta ini terlalu membazir bagi manusia yang kecil ini?


"Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya." (QS. Al-Furqan, 25: 2)

Jika melihat banyaknya bintang di langit, sebenarnya berapa banyak bintang yang ada di galaksi yang kita huni ini.

Lalu timbul pula pertanyaan, beberapa luaskah alam semesta ini?

Contohnya, setiap orang tahu bahawa alam semesta sangatlah luas. Akan tetapi, saat kita berfikir tentang seberapa luas ia sebenarnya, kita akan menemui gambaran yang jauh berbeza dari apa yang biasanya kita fahami.

Garis tengah matahari adalah 103 kali lebih besar daripada garis tengah bumi. Mari kita perjelaskan hal ini dengan menggunakan perbandingan. Jika kita umpamakan bumi sebagai kecil, matahari adalah bola yang dua kali lebih besar daripada sebuah bola sepak. Hal yang menarik di sini adalah jarak di antara keduanya. Agar boleh membuat perbandingan yang mencerminkan saiz sebenarnya, kita perlu meletakkan jarak sejauh kira-kira 280 meter (920 kaki) di antara bumi berukuran kecil dengan matahari yang berukuran bola tersebut. Dan bintang-bintang yang berada di luar sistem suria kita perlu ditempatkan berkilo-kilometer jauhnya.

Bagaimana pula dengan ukuran bintang-bintang yang lain nya? Untuk menjawab pertanyaan di atas, mari kita lihat gambar di bawah ini!


Pada gambar terakhir di atas, matahari adalah sama sekali tidak kelihatan, sekalipun ia adalah berbentuk "titik"!

"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Al-Quran, 51:47)

[Sumber]